Tuesday, January 3, 2012

AMALINA CONTOH TAK BAIK!!! Adakah Siti Fatimah pelajar 17 A1 Yayasan Islam Kelantan juga berubah di luar negara?

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran

Asalnya disini: http://mengajipastiboleh.blogspot.com/2012/01/salam-hangat-diperkatakan-seluruh.html

Manjadda wajada

4 comments:

Anonymous said...

Lepas ni kalau nak pantau pelajar malaysia yang dibawah tajaan kerajayaan, saya cadangkan bagus tanam chip GPS dalam badn mereka supaya senang kita pantau mereka pergi mana...

Anonymous said...

Apa punya cadangan.

Silalah tanam chip dlm badan sendiri sblum suruh org lain yg buat

Anonymous said...

bukan chip tapi agama. itulah yang penting. sesiapa yang ada adik beradik nak belajar luar negara . jangan takut minta mereka join kumpulan Islam macam Siti Fatimah

Jangan masuk kumpulan sosial yang lari dari agama

Anonymous said...

orang sekarang tak takut agama lagi.. mereka takutkan manusia sekarang ni..bagus juga idea tanam chip GPS ni. Selepas mereka tamat penggajian nanti baru kita keluarkan balik chip tu.. KAHKAHKAHKAH... Buatlah macam si gembala moden sekarang yang menggunakan chip gps untuk menggesan ternakannya takut tersesat..HAHAHAHAHAH!! BAGUI, BAGUI!