Sunday, January 29, 2012

ANG POW PUTIH!!! Perkasa nak rai orang Cina atau nak hina orang Cina


Inilah yang berlaku apabila seorang yang terkenal dengan sikap racistnya berpura-pura menerima baik golongan yang di bencinya selama ini…


Ibrahim Ali cuba untuk membuktikan kepada Masyarakat Tionghua bahawa beliau dan pertubuhannya iaitu PERKASA bukanlah sebuah pertubuhan yang racist.. oleh itu mereka telah mengadakan satu jamuan sempena menyambut Gong Xi Fa Cai buat Masyarakat Tionghua.

Malangnya dengan sifat racist yang menebal dalam diri mereka, mereka jelas tidak ambil tahu sama sekali pantang larang Masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu..

Jika diperhatikan betul-betul pada gambar di atas, envelope atau sampul ‘ang pow’ yang dihulurkan oleh Ibrahim Ali kepada masyarakat Tiong Hua yang hadir dalam jamuan sempena sambutan Gong Xi Fa Cai oleh PERKASA ianya adalah berwarna putih.

Samada Ibrahim Ali sedar atau tidak atau mungkin juga sengaja dilakukan Ibrahim Ali ianya adalah satu perbuatan biadap atau kurang ajar bagi masyarakat Tionghua.

Ini kerana angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau funeral payment oleh masyarakat Tionghua dan adalah pantang bagi mereka untuk menerima pemberian sebegitu di hari perayaan mereka..

Tindakan Ibrahim Ali itu bukan saja tidak menghormati budaya Tionghua, malah menghina dan mencacatkan keindahan budaya masyarakat Tionghua.

Lain kali kalau tak tahu tanya!!

Tapi.. kalau kita minta dari Bank atau beli dari pasaraya tak ada rasanya diberikan atau dijual envelope ang pow warna putih..

SENGAJA atau TIDAK DISENGAJAKAN ni??

Pesan seorang sahabat.. "When giving money on festive or auspicious occasions, you should never put money in a white envelope or you would face the resentment of the recipient! Money wrapped in white envelopes is given when the occasion is sad, like funerals, when a gift of money is given to help with the funeral costs. This is called 'Pak Kum' money for the family of the departed. So if you ever come across a Chinese client please think twice about giving his or her fee in a white envelope although in our western countries it would be unlikely to offend."ASD

***********************************************



PERKASA seru Cina bantu Melayu capai 30% ekuiti

PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

"(Kita menyokong afirmatif) secara keperluan dan pada masa yang sama, dalam perkara berkongsi kek ekonomi, kami mahu mencapai 30 peratus itu.

"Kami berpegang kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan. Kami menyokongnya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Malah, ahli parlimen Pasir Mas menegaskan pihaknya memperjuangkan perkara tersebut sejak awal penubuhannya, tetapi hasrat mereka disalah-ertikan.

Dakwanya, hal demikian berlaku disebabkan terdapat penulis blog dan laman web yang 'twist' perkara itu sehingga meletakkan imej yang buruk kepada NGO - yang lantang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera itu.

"Saya harap tidak ada persepsi salah terhadap PERKASA," katanya dalam sidang media, selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran pihaknya di ibu negara hari ini.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 2Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.


Malaysiakini

1 comment:

seqwn8910 said...

what can we do, we r not the people they thing we have any right here, what they say or do is right, that why malaysia need PERKASA