Rupanya, BN tak selesai lagi nak cari 'boleh menang'. Sebab tu la pilihanraya kena tangguh.
Muhyidin kata BN masih 'buru' calon berpotensi. Maksudnya, calon UMNO yang sampai kat Najib ramai yang tak berpotensi untuk menang.
Takut sungguh UMNO/BN kali ini. Calon pun kena tapis betul-betul kerana jika silap pilih , kalah la BN.
Bila BN masih nak 'buru 'calon berpotensi , maksudnya BN tak nampak katak-katak yang melompat-lompat untuk tunjuk kehebatan melompat.
Bukan sikit katak, banyak katak yang melompat tapi BN tahu katak-katak ini bukanlah calon berpotensi. Katak-katak ini hanya melompat ikut musim, katak -katak ini melompat bila nampak peluang besar sahaja.
Pastinya, katak-katak masih cuba melompat setinggi mungkin supaya diterima sebagai calon berpotensi . Namun, setakat ini Raja Katak pun tak pasti lagi jadi calon BN di Pasir Mas. Katak-katak lain pun usah berharap la.
Degup jantung katak semakin berdebar apabila semakin hampir pilihanraya umum. Kenapa berdebar? kerana selepas pilihanraya umum nanti, katak-katak ini dah tak boleh melompat lagi.Admin
PAGOH - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.
"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.
"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.
"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.
Beliau berkata, pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.
Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.
"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat." - Bernama
No comments:
Post a Comment