Sejak kebelakangan ini wajahnya,ceritanya dan semua tentang Dato’ Dr Hasan Ali panas diperkatakan di media massa arus perdana dan di setiap program UMNO nama Dato’ Dr Hasan Ali akan disebut-sebut oleh penceramah dan pemimpin UMNO dalam ucapan mereka.
Tambahan pula Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sibuk dengan program menjelajah seluruh negara demi bertemu orang ramai yang mungkin ingin tahu hala tuju perjuangan beliau selepas ini serta ditambah pula dengan tertubuhnya NGO baru dari ilhamnya “JATI”.
Sekarang ini setiap persinggahan program Dato’ Dr Hasan Ali pasti akan ditaja oleh badan-badan NGO konon-nya. Tapi hakikat yang jelas dan nyata penaja utamanya ialah UMNO yang dilihat kantoi dalam lakonan bertopengkan NGO.Orang ni
Ketahuilah bahawa semua road show Hasan Ali diuruskan oleh UMNO di kawasan yang terlibat.
Di Seksyen 17 Shah Alam, yang urus adalah team kepala lembu dan samseng yang mengamuk di MBSA dulu
Di Jalan Kebun , diurus semua oleh samseng-samseng UMNO yang mengamuk terhadap orang India baru-baru ini. Admin
Penulis pernah beberapa kali terjah ke lokasi program Dato’ Dr Hasan Ali,apa yang pasti di lihat ialah beberapa orang pemimpin UMNO setempat berada dikerusi hadapan pentas dan mejoriti yang hadir ialah ahli UMNO dari pelbagai lapisan seperti Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.
Penulis berpendapat bahawa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sudah menjadi ikon utama dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga hero baru dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga dipandang sebahagian daripada kepimpinan UMNO dan Dato’ Dr Hasan Ali juga di pandang sebagai penyelamat dalam mengembalikan sokongan terhadap UMNO.
Bertepatan pula dengan gaya penyampaian Dato’ Dr Hasan Ali dalam ceramahnya yang tiada had sempadan untuk menghentam semua pemimpin PAS,PKR dan DAP.
Setiap ungkapan serta mencemuhnya terhadap Pakatan Rakyat pasti akan mendapat tepukan gemuruh dan teriakan gegak gempita dari mereka. SIAPA MEREKA…??? Sudah tentu ahli penyokong UMNO.
Sepekara lagi ialah pihak pengajur program ceramah Dato’ Dr Hasan Ali sanggup bersusah payah menyewakan beberapa buah bas untuk digunakan mengangkut para tetamu.
Contohnya semasa Dato’ Dr Hasan Ali datang ke Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini,dengan mata Penulis sendiri melihat 3 buah bas disewa untuk tujuan tersebut,hebat sungguh mereka…SIAPA MEREKA ITU..??? Sudah tentu orang UMNO.
Siapa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang ..? Ini bukan persoalan penting bagi Penulis, tapi apa yang penting dan terserlah ialah pemimpin UMNO setempat dan ahli-ahli UMNO seperti sangat mengharapkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi sebahagian dari mereka.
Adakah Dato’ Dr Hasan Ali bakal menerajui UMNO..? Mungkin juga ramai orang-orang dalam UMNO inginkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi ketua mereka,menjadi Presiden mereka atau mungkin mahu mengangkat Dato’ Dr Hasan Ali menjadi PM mereka…. SIAPA MEREKA ITU…??? *kali ini sendiri mau jawap…!!!Orang ni
Ceramah DHA di Bukit Gantang. Mereka ini orang UMNO Bukit Gantang sangat kenal.
2 comments:
Teruskan perjuangan mu dr hasan. fi sabilillah menentang alkafiruuun
kah kah kah fisabillah, tergelak aku dengan puak umporno tak cermin diri
Post a Comment