Saturday, February 11, 2012

KASIHAN SHAHRIZAT!!! Nong Chik nafi dalang isu NFC, Daim pula mahu Nong Chik ganti Shahrizat,

Post Pic
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.

Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.

"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,” kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam.
.
“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.

Daim yang juga bekas Bendahari Umno berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul.

PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah, 21,728 undi

Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam PKR .

Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.

Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu.

“Pada PRU12 kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini,” tegas beliau.

Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.

Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.

Sharizat sebelum ini mengaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan kedudukan beliau dalam kabinet.

Sharizat bertegas beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan mahu memberi fokus penuh untuk memastikan kejayaan BN pada PRU akan datang.

Parti Keadilan Rakyat sebelum ini mendakwa sebahagian daripada pinjaman kerajaan itu, digunakan oleh syarikat milik suami Shahrizat untuk membeli kondominium mewah, tanah dan perbelanjaan lain yang tidak ada kaitan dengan industri ternakan daging.

Raja Nong Chik nafi dalang isu NFC...minta tanya Shahrizat dan suaminya sendiri


.Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

“Adakah ianya betul...you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak,” kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam
Jumaat.

Baru-baru ini Raja Petra Kamaruddin melalui portal Malaysia Today menulis isu NFC telah didedah dan didalangi oleh Datuk Seri Raja Nong Chik sebagai 'hidden hand' semata-mata untuk 'discredit' Shahrizat.

Raja Nong Chik menyifatkan apa ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin dalam Portal Malaysia Today itu adalah usaha yang dikehendaki oleh pembangkang untuk melaga-lagakan orang BN.


“Mereka (pembangkang) suka melihat berlakunya 'perlagaan' antara satu sama lain, Shahrizat berada sebelah saya dalam kabinet dan kita bekerjasama, we work together very well,...apa yang pembangkang mahu adalah kita 'bergaduh' sama sendiri,” tambahnya.


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai memberitahu keadaan itu sengaja ditimbulkan kerana Shahrizat telah berkhidmat di Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal dan beliau mempunyai pengikutnya sendiri, jadi untuk berdepan dalam pilihan raya kali ini adalah melaga-lagakan antara kita dengan buat cerita yang bukan-bukan untuk pecahbelahkan penyokong.


Katanya, “tapi, untuk mengesahkan dakwaan ini benar adalah tanya pada Shahrizat dan suaminya Datuk Salleh samada ini benar atau tidak. Kita tidak tahu buat kerja 'spin' yang bukan-bukan tapi kita hanya tahu buat kerja untuk menjayakan parti.”


“Siapa yang buat tuduhan itu jawab pada Allah dan paling penting tanyalah pada Datuk Salleh dan Shahrizat samada saya adalah 'the hidden hand' disebalik isu itu,” ujarnya.


Sementara itu bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin ketika diminta menghurai lebih lanjut tentang isu NFC perlu diselesaikan, menjelaskan bahawa siasatan perlu diselesaikan dan sekiranya terdapat kesalahan serta ada pihak yang melakukan kesilapan, melanggar undang-undang dan terpulang pada Peguam Negara, ianya tidak perlu mengambil masa lama.


Ditanya samada wajar Shahrizat diberi peluang bertanding dalam PRU akan datang, Daim berkata, “terpulang pada PM...my view is not important...beri muka barulah...ramai lagi muka baru, beri peluang yang muda-muda...that my view...PM boleh putuskan.”

No comments: