Saturday, February 11, 2012

PANAS DI JOHOR!!! Siapa pengganti Menteri Besar Johor Ghani Othman?


Spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.

Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.


Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.


Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projek Danga Bay itu.


Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.


Sehubungan itu, masa pertemuan yang panjang itu dipercayai akan berkisar tentang perbincangan isu-isu politik berbanding perkara sosial.


Antaranya sama ada Datuk Ghani Othman yang telah berkhidmat selama empat penggal akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar jika BN yang diramalkan akan terus berkuasa selepas pilihan raya akan datang.


Najib dikatakan mahu Ghani supaya terus berkhidmat tetapi menteri besar itu dalam kiasan pada ucapannya semasa perayaan Thaipusam, baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau mahu berundur dan telah juga mengenal-pasti calon yang paling layak mengambil tempatnya.



Nota:


Seperti maklumat sebelum ini, beberapa nama sudah disenarai pendek Najib, antaranya Khaled Nordin, Adham Baba dan Puad Zakarshi.


Bagaimanapun, Muhyiddin dikatakan mahu melantik orang-orangnya seperti Tahir Taat dan Shahruddin Mat Saleh, ADUN Jorak.

jalan pulang

No comments: