Saturday, March 10, 2012

UNDI POS!!! PAS NS bertanding 14 kerusi tapi hanya 10 boleh diharap

Oleh : BGS PAS N.Sembilan

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/nsembilan.jpgBerdasarkan statistik Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dan ke 12 pada tahun 2008, DUN Kota dalam kawasan Parlimen Rembau adalah merupakan kawasan paling selamat Umno di Negeri Sembilan. 3 DUN lain yang paling selamat untuk Umno di Negeri Sembilan ialah DUN yang mempunyai ribuan pengundi pos tentera dan polis iaitu DUN Bagan Pinang, DUN Gemas dan DUN Serting.

Ketiga-tiga DUN yang begitu ramai pengundi pos ini termasuk DUN Kota (yang pengundi posnya kurang 100 orang) yang ditandingi oleh PAS, juga merupakan DUN paling selamat untuk Umno di atas kertas, sudah pasti menjadi rebutan pihak Umno untuk menjadi calon semasa pilihanraya.

Apabila DUN Kota ini menjadi DUN paling selamat untuk Umno, maka secara tidak langsung permasalahan utama rakyat di kawasan ini tidaklah menjadi perhatian utama pimpinan pusat dan negeri.

Ini terbukti apabila terdapat sebuah Projek Perumahan yang terbengkalai di Lubuk China dalam DUN Kota sejak tahun 2005, sehingga kini belum dipulihkan. Maklumat lanjut Projek Perumahan yang terbengkalai ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html

Ura-ura pembinaan UiTM (kemungkinan di Chengkau) dalam DUN Kota semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, akhirnya kini tidak menjadi kenyataan. Maklumat lanjut pembinaan UiTM di Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

Semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, calon PAS, Azhar Ibrahim tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 23.62% undi.

Manakala pada Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, calon PAS, Zainal bin Jinin juga tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 21.58% undi.

Sekiranya PAS bertanding 14 kerusi DUN di N.Sembilan , secara teknikalnya PAS hanya bertanding 10 kerusi DUN, apabila 4 DUN di atas dikategorikan DUN paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.

Untuk Pakatan Rakyat memenangi 4 DUN tersebut, maka suatu usaha yang luar biasa oleh semua pihak haruslah dilakukan. Jika tidak , permasalahan para pengundi di DUN tersebut tidak akan mendapat perhatian oleh pimpinan di peringkat negeri dan pusat.

No comments: