Monday, April 23, 2012

KUIL DIROBOH DI P.PINANG!!! Tapi kenapa tak keluar TV3 dan Utusan ?


Kalau Masjid dan Surau pun mereka sanggup merobohkannya... setakat Kuil Hindu ni apalah sangat...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tengah hari tadi mengulangi kecaman kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) gara-gara kuil (gambar di atas) berusia hampir 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) dekat Kawasan Perindustrian Perai dirobohkan tanpa notis.

Hampir 50 penduduk Hindu tempatan turut menyuarakan protes ke atas pihak berwajib, termasuk kepada Pengerusi PPC yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi PPSB merangkap Pengerusi Bahagian Umno Balik Pulau).

Mereka menuntut pihak berwajib supaya memohon maaf serta membina semula sebuah kuil di kawasan lain yang dirasakan wajar.

Namun, dua wakil PPSB yang ditemui di sini memberitahu pihaknya enggan berbuat demikian seperti yang dilaporkan akhbar The Star sebelum ini.

Kuil tersebut dirobohkan pada Jumaat lepas.


"Mereka memang enggan membina semula kuil di sini, malah mendakwa wartawan berkenaan tersalah lapor.

"Insiden ini menjadi  'amaran keras'  kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat)," ujar Guan Eng kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil PPSB dan PPC.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak berwajib seharusnya menghormati kebebasan beragama.

"Sekurang-kurangnya beri notis pemberitahuan kepada mereka (penganut Hindu setempat sebelum merobohkan kuil)," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy turut menyuarakan kecaman kepada pihak berkenaan.

Jurucakap Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berkenaan, M Goviin (kiri) dalam reaksi spontan kepada PenangInsight.com akan mengumpulkan tanda tangan (referandum) penganut Hindu berwajib bagi membuktikan kuil itu telah wujud sejak hampir 40 tahun lepas.

PenangInsight.com
difahamkan, kuil itu didirikan sebelum pembangunan komersial dibangunkan di sini.

Perkembangan terbaru itu diduga memberi kesan berantai pada Barisan Nasional, khususnya Umno di negeri berkenaan.

No comments: