(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA
LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada
warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai
bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Seorang
penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan
warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad
pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
“Saya
menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status
kewarganegaraan ‘segera’ dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian
termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.
“Saya
turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas
bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya
mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah,” katanya ketika
datang ke pejabat Suara Keadilan.
Abu
talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002
dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN), namun permohonannya gagal.
Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.
Berdasarkan
rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan
beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika
berusia 15 tahun.
“Selepas
saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja
pengumuman dari kerajaan,” kata ayah kepada lima anak ini.
Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia.
Katanya,
beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur
selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.
“Kalau
saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja
usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon
kewarganegaraan,” katanya kesal.
MIMPI SENJA
1 comment:
Say what you want..prove what you can...as long as SPR is in cohort with UMNOBN..then everything does not matter !
Post a Comment