Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah
disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat
itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonlinemenjawab
tuduhan Ahmad Said al-kijali as-sesati yang menyatakan PAS sebagai
parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat
dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah
melebihi 50 tahun.
Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan
menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada
mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami
dan mengerti perjuangan PAS ini.
Namun apabila ia diwacanakan
secara ‘halal’, menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam
secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh
faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno
sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS.
Isu tahaluf siasi
dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi
kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya
sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah
pimpinan PAS dari semasa ke semasa.
Ahmad Said yang dikenali
sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya
PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN
negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB
Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak
bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung.
Ia dilihat oleh semua orang.
Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali
ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS
sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab.
Sesat adalah suatu
perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik
dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan
rakyat kepada perjuangan Islam.
Bukan Islam boleh memahami perjuangan
Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan
sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?
Ahmad
Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan
ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk
membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang
menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS?
Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik
tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah
sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Lihat Perlembagaan PAS:
Fasal 3 Dasar PAS adalah ISLAM
Fasal 4 Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR
Fasal 7.1 Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata
Fasal 5 Tujuan (Matlamat) Perjuangan PAS
- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
- Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6 Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut
- Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
- Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
- Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
- Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
- Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
- Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
- Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
- Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
- Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
- Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.
2 comments:
Tak bagi duit mampuss tak mai
Yg sesat umno. Sabar umno tak lama dh
Post a Comment