KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan
politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat
perjuangan parti Islam yang diterajuinya.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata,
“mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau
begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti
Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng
daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan
kerusi politik.
Dipetik Berita Harian Online,
beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya
mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran
parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal
untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,”
katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.
Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen
balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status
tersebut.
Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu
memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi
yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti
negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.
“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak
Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.
“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof
Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia
ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas
saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali
yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk
membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti
itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar
segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama
memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak
sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi
mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana
sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin
parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam
menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat
sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik
Aziz.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak
lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan
kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.
8 comments:
Saya hairan mengapa Nik Aziz tidak mau melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan setelah lebih 20 thn memerentah Kelantan,
Apakah beliau takut kepada BN lebih TAKUK KEPADA ALLAH atau
takut ISA lebih dp taku kpd Neraka ALLAH atau
takut hilang penundi bukan Melayu???
ni komen tak berguna dari pencacai umporno. berapa kali nak komen bodo macam ni.merata blog buat komen sama, dah dijawab buat lagi komen sama. banggang punya pencacai umporno
Jawab lah, apa tak jawab, bukan susah sangat, copy & paste saja.
Sebenarnya tiada seorang pun boleh jawab soalan tersebut dg tepat.
dah berapa kali jawab, tgk post lepas2. malas nak layan pencacai umporno buang masa
google je.. Pa susah?
PAS nak buat hudud mmg semua orang islam wajib sokong cuma orang nampak sekarang PAS cuma gunakan isu ni untuk tujuan politik......sebabnya:
1.kalau betul nak buat hudud kenapa dalam buku jingga tidak disentuh perlaksanaan hukum hudud...??
2.Macam mana PAS nak gubal undang2 sedangkan PAS mempunyai kerusi parlimen yang paling cikit dalam pakatan...??
3.macam mana nak dapat sokongan 2/3 majoroti jika DAP dan PKR tidak mahu perlaksanaan hukum hudud???
p/s: selagi orang islam x bersatu selagi 2 kita x dapat laksanakan hukum hudud. Kafir tidak akan pernah bersetuju dengan kita.
jgn marah dia.. Sabar kena bnyk. Dia x tau..
nak bersatu dengan UMNO ? Dah lebih 50 tahun UMNO perintah, kenapa tak laksana? ugut lagi ada
Post a Comment