Adakah Perpaduan Bangsa & Agama mengatasi Seruan Allah untuk tegakkan Keadilan & Hapuskan Kerajaan Yang Zalim & Rasuah?
~ Jawapan bagi mereka yang terus
mengatakan undi PR bakal menggadaikan Melayu & Islam.
Muqaddimah
"Dan
berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai"
(Ali Imran 103).
"Dan
janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah
datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang
mendapat siksa yang berat" (Ali Imran 105).
"Sesungguhnya
orang yang memecah-belahkan agamanya dan mereka menjadi berpuak-puak, tidak ada
sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya
terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa
yang telah mereka perbuatkan" (Al-An’am 159)
Seruan
Perpaduan Melayu
Pimpinan UMNO
mengajak bangsa Melayu terutama dari PAS bersatu atau setidaknya bekerjasama
dengan UMNO demi menyelamatkan Melayu dan Islam yang sedang ditindas.
UMNO
gemburkan istilah Melayu ditindas hanya selepas 2008. Selepas beberapa negeri
terutamanya Selangor yang menjadi lubuk emas tidak dikuasai oleh mereka.
Bagi
UMNO, tidak mengapa jika PAS tak masuk UMNO sekalipun, teruskanlah dengan kerja
PAS, tetapi yang penting PAS mestilah tinggalkan DAP sebagai parti Cina yang
antikan Islam demi menyelamatkan bangsa Melayu Islam.
Itulah seruan
yang diulang sana-sini. Seruan ini pernah datang dulu sekali tahun 1969.
Kemudian terus senyap. Sempena peristiwa besar 13 Mei 40 tahun lepas yang
berulang kembali kini, saya mengajak mereka yang masih gagal memahami fakta
untuk meneliti angka.
Saya memilih untuk tulis lebih panjang hari ini untuk
anda renungi semula beberapa "persoalan emosi & sentimen" besar
yang dimainkan, yang sebahagiannya amat mencelarukan minda rakyat, Melayu Islam
khususnya.
Walau ada yang mungkin marah melibatkan nama pemimpin tertentu, saya
terpaksa nyatakan dalam penghujjahan agar blok pemisah tersebut dapat
diperbetulkan.
Seruan
Melayu Sepakat
Sebelum saya
pergi lebih jauh, mari beberapa kata-kata semangat lantang mutakhir ini dalam
perbincangan di pelbagai media yang makin dipropagandakan;
"Kemenangan
PR sekarang ini menjadikan suara Melayu hilang di parlimen".
"Jika PR
dalam PRU13, bermakna parlimen akan dikuasai oleh Cina yang mempunyai agenda
anti Islam".
"Kami
hanya mahukan PAS berkuasa, kami tak mahu PAS bersama DAP".
"Kami
sangat sayangkan PAS, tapi kami hanya akan berusaha untuk membantu PAS yang
tulen sahaja".
"Perpaduan
Melayu dan Islam lebih diutamakan dalam negara demi mendaulatkan Islam daripada
menumbangkan pemerintah yang zalim dan perasuah".
Itu
hanya sedikit disalin dari FB atau kata-kata pemimpin tertentu.
Sebaik seruan
itu berkumandang 2008 lepas, berbondonglah NGO Melayu pelbagai nama walau yang
baru ditubuhkan sekalipun bertepuk dengan nada yang sama.
Demi menyelamatkan
Malaysia, Melayu wajib bersatu! UMNO gembira "seruan perpaduan"nya
disahut gembira oleh pelbagai NGO Melayu, malah NGO Melayu Islam.
Hebatnya UMNO
sampai sampai dihadiahkan oleh NGO Melayu Islam buat mereka hingga
mengajak seorang pemuka UMNO melancarkan seruan Melayu Islam NGO itu sebelum
PRU13 kelak pada 9-Jun depan demi meraih sokongan pada mereka yang mahu
bersamanya!
Pelik dan
keliru. Berkokok juga NGO itu kononnya sama matlamat dengan Parti Islam PAS,
tetapi mahukan PAS sahut seruan UMNO itu bersama mereka. Berkocaklah setiap
penjuru pentas ceramah atas platform UMNO, Hasan Ali, JATI, HIMPUN, Ezam,
ZulNordin, atau atas apa pentas sekalipun asal suara didengar.
Beriya NGO itu
mahukan bekas naqib dan pemimpin usrah mereka turut dengar sekali bahawa suara
mereka semakin ganas sebenarnya. Mendabik kamilah ikhwanist, yang lain-lain dah
lari dari landasan Islam.
Kamilah yang betul, namun berpecah sakan sesama NGO
Islam lain demi seruan sendiri. Pilihan mereka dibuat untuk terus susuri jalan
yang jelas bertentangan dengan perpaduan sesama persatuan Islam yang
dicanangkan.
Perkiraan
pertama saya; saya tidak kisah jelasnya sokongan
terhadap UMNO yang dinyatakan oleh pelbagai kumpulan NGO Melayu lain itu. Itu
hak mereka. Itu pendirian politik masing-masing. Masyarakat cerdik menilai dan
kenali akhlaq.
Topi sahaja yang berbeza, batang tubuh tetap satu. Yang celaruan
adalah NGO Melayu Islam yang mahu bertapak semakin kuat melaungkan kalimah
"kami sangat sayangkan PAS", namun melaksanakan segala tindak yang
merugikan PAS dan pakatan PAS dalam menumbangkan kezaliman.
Berbisiklah juga
dalam diam-diam oleh mereka "kami sangat bencikan UMNO", kerna UMNO
perasuah dan melakukan kezaliman. Pimpinan UMNO merosakkan negara dan melanggar
Islam. Namun, antara "sayangkan PAS" dan"bencikan UMNO"
yang hanya berani di bibir itu, akhirnya seruan mereka tenggelam untuk terus
menolak Pakatan Rakyat (PR) yang diijtihadkan oleh PAS untuk bersamanya, hanya
dengan mengabil kata UMNO "PR menguntungkan Cina dan bukan Islam".
Itulah
kesimpulan ringkas oleh pimpinan utama mereka; mengambil mudharat lebih ringan
dengan memilih BN berbanding PR dalam PRU13 kelak. Itu yang ditulis, dicakap,
diceramah di doktrin oleh Ketua dan Timbalannya. Ayat itu dikongsikan oleh
ahli-ahli mereka yang sungguh ta'asub, serata dunia.
Sebaliknya baru-baru ini
Ketua Syura mereka pula nyatakan untuk ahli mereka memilih "PAS yang
tulen" dalam PRU13 kelak, dan menolak "PAS yang tidak tulen",
"tolak DAP dan PKR", tolak Anwar. Pulak? Dalam qiyadah ditabur
pelbagai kepala. Hancur dan berbohong jadinya.
Bila saya
tanyakan "apakah PAS tidak tulen" merujuk pada individu yang kerap
Hasan Ali ucapkan atas pentas bersama Presiden NGO Melyu Islam itu selama ini?
Atau tulen itu hanya mereka yang ditarbiyyah sejak kecil oleh PAS, atau ada
maksud lain?
Hingga sekarang saya gagal mendapat jawapan, walau dinyatakan
kononnya itulah stand rasmi mereka yang terkini. Makin berserabutlah lagilah
celaruan malah merosakkan terma Islam yang dibawa di kalangan ahli bawahan.
Selanjutnya
dalam pelbagai kesempatan saya bersemuka, doktrin diulang juga adalah;
"keutamaan paling penting adalah kekalkan perpaduan Melayu di Malaysia
demi untuk Islam dilaksanakan, daripada menumbangkan pemerintahan yang zalim
dan penuh rasuah". Saya jadi takut dengan kenyataan itu.
Saya yakinkan,
Harakah Dakwah dan Siyasah yang didokongi PAS yang kononnya sangat mereka
sayangi dan sangat tsiqah pada qiyadah mereka; tidak pernah pun sesekali
mengambil stand merelakan apa jua bentuk kezaliman di bumi Malaysia.
Dakwah PAS
terpaksa mengambil jalan penuh liku dan ranjau berduri melalui menggunakan
pendekatan "muwajjahah silmiyyah" demokrasi berpilihanraya itu demi
menumbangkan kezaliman, tapi kamu rela kefasadatan itu dikekalkan demi
perpaduan?
Maka jika
itulah sifir mudahnya, kamu sebenarnya benci PAS. Mudah dan tak perlu berdalih,
dan tak perlu berbohong. Sesungguhynya Islam tidak pernah sesekali redho dengan
apa jua kezaliman itu, walau dilakukan kepada siapa sahaja, walau pada UMNO dan
kafir sekalipun, walau atas nama Islam sekalipun.
Saya nyatakan dengan jelas
pada Ketua Syura NGO Melayu Islam bahawa itulah kecelaruan fikrah yang dahsyat
yang terus disumbatkan pada ahli mereka.
Tatkala
kegagalan faham waqi' dan fakta oleh Ketua Syura dan pelbagai qiyadah atasan,
dan terus mahukan doktrin kebencian terhadap Cina dan bukan Islam, maka saya
tak dapat bayangkan betapa celarunya adik-adik bawahan yang begitu naif siyasah
dan waqie' yang berada di hadapan saya, walau penuh semangat dan ikhlas dalam
diri mahukan Islam ditegakkan by "all means"di Malaysia.
Pasca BERSIH
juga; Presiden NGO Melayu Islam itu kata berkali berkali-kali bahawa mereka
sangat bersetuju dengan segala tuntutan BERSIH, cuma "kami takut jika
semua tuntutan BERSIH dilaksanakan maka ia bakal merugikan Islam dan
Melayu".
Saya soalkan,
di mana pula tuntutan yang adil itu bakal merugikan Islam? Keadilan melalui
sistem demokrasi berpilihanraya yang diperjuangkan oleh BERSIH dilakukan agar
perjalanannya mengikut perlembagaan yang dilihat boleh menguntungkan Islam.
Atau Presiden itu fikir Islam perlukan ketidakadilan demi untuk bertapak?
Seolahnya
tatkala keadilan itu dilaksanakan maka Islam bakal rugi dan ditindas. Demi
Allah, malunya saya beraqidahkan ad-deen ini sebagai jalan hidupku jika
pemahaman Presiden itu dipegang ummah.
Mengapa
Saya Kisah?
Akhir sekali
dalam muqaddimah panjang sempena seruan perpaduan Melayu ini, saya
banyak kali ditanya; mengapa saya terlalu kisah dengan NGO Melayu Islam seperti
itu, namun tidak kisah dengan NGO Melayu lain, atau dengan UMNO sendiri.
Saya
memberi respons ringkas; saya tidak kisah dengan mana-mana NGO ultra-bangsa
lain yang jelas mengharuskan perlakuan zaliman dan rasuah oleh UMNO. Itu rakyat
dapat menilai dengan jelas.
Tiada identiti Islam dibawa selain nama individu
itu sahaja yang masih Islam. Jelas dan bersuluh. Saya
wajib berhadapan dengan mereka itu sebagai sasaran dakwah untuk saya serukan
Islam yang jelas.
Tapi saya
jadi kisah, risau malah benci pada sikap ketidak tanggungjawaban pada susuk
Muslim yang berkata mahukan Islam, bergerak atas nama Islam, menisbahkan diri
pada gerakan tarbiyyah dan menonjolkan diri kononya sebagai ikhwanist di
Malaysia, tetapi sanggup menghasut dengan nada yang mencelarukan aqidah.
Ringkasnya; analogi yang pernah saya guna berdasarkan apa yang nabi pesan"lebih bahaya munafik (atau
sikap munafiq dalam jiwa Muslim) daripada kekufuran yang nyata". Itu kerisauan saya.
Pada masa
yang sama, saya menghargai dapat bermu'amalah dan bermu'ayasyah dalam apa jua
persamaan sesama NGO Islam lain atau jama'ah Islam lain, dalam perkara yang ada
persamaan demi hadaf yang satu, namun kami mampu berlapang dalam perbedaan yang
wujud. Tidak perlu perbedaan itu dijadikan benteng memisahkan 'amal.
Banyak
sahabat-sahabat rapat saya dari latar jama'ah pelbagai yang sangat ikhlas
membawa panji Islam dengan memilih jalan dakwah tersendiri, malah memberi
kelebihan untuk mereka disebabkan tidak semuanya mampu dilakukan oleh PAS
bersendirian.
Muqaddimah
saya ini panjang, maka saya ingin perturunkan fakta
yang kecil tapi jelas kepada Presiden, Timbalan Presiden malah Ketua Syura NGO
Melayu Islam, dan mereka yang seangkatan dengannya yang terus menyatakan bahaya
jika PR memasuki Putrajaya, maka yang untung adalah Cina & bukan Islam
sahaja yang bakal merosakkan agenda Islam.
Sebelum saya
teruskan, perlu dijelaskan bahawa sistem demokrasi berpilihanraya yang saya
pilih ini yang diharuskan oleh Islam demi waqi' Malaysia memerlukan kita
membuat persediaan memahami segala susun atur perjalanan
atau teknikal pilihanraya dan peraturannya, dan bukanlah hanya
bertindak berdasarkan faham yang sempit tanpa ilmu, bahkan atas sentimen
semata.
Pemahaman Daftar
Pemilih serta
proses berkaitannya yang termaktub dalam perlembagaan adalah tiang kepada seni
pilihanraya yang adil. Saya hanya nyatakan beberapa perspektif isu besar yang
telah disalahkan pemahaman oleh kebanyakan, terutama ketiga-tiga pimpinan utama
itu;
Gerrymandering,
pecahan semula kawasan pilhanraya sangat merugikan Melayu Islam di parlimen
(sila rujuk pada carta)
1. Dalam sejarah, UMNO hanya merayu PAS
untuk bersama mereka tatkala peratusan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat mereka
merudum di bawah 50%, ditambah kekalahan MCA & MIC yang teruk, walau ia
sebenanrnya meningkatkan jumlah kerusi PAS dan DAP di parlimen dengan mendadak.
2. Pernah
tahun 1972 PAS
menerima dengan syarat yang ketat dan disyurakan demi janji UMNO untuk
menegakkan Islam. Manfaatnya PAS mentadbir Kelantan. Namun ia tidak kekal, dan
PAS ditendang tatkala persempadanan 1974 memberikan untung kembali untuk UMNO
berkuasa dan merampas Kelantan. UMNO tidak selesa dengan pengaruh Islam
menghalang mereka melakukan apa sahaja terhadap harta negara demi kepentingan
peribadi.
3. PAS belajar disitu bukanlah Melayu
apatah lagi Islam yang diperjuangkan UMNO. Hampir 30 tahun selepas itu tidak
pernahpun ada seruan "perpaduan Melayu Islam" diutarakan kerana
mereka menerima sokongan dan melakukan apa jua kezaliman atas sistem
pilihanraya dengan majoriti 2/3 parlimen yang dimiliki tanpa bantahan.
4. PAS menyusuri perjuangan berliku
selepas itu dengan halangan, pintu besi, tumpahan darah, Memali, kesakitan
dan pelbagai operasi khususnya buat mereka yang bersama PAS, dan ummat Melayu
Islam hilang kekuatan hinggalah 1990 tatkala UMNO berkocak teruk atas
pelbagai perebutan kuasa dalaman dan hasat sesama pemimpin, maka tahaluf kedua
PAS memberikan keuntungan untuk Kelantan ditadbir sekali lagi oleh Melayu
Islam.
5. Kesannya rakyat Kelantan Melayu Islam
itu didera dengan dahsyat sekali selama 20+ tahun atas pilihan mereka menolak
kezaliman UMNO, dinafikan apa jua pembangunan dah mereka, walau negeri itu kaya
dengan minyak sebenarnya.
6. Menjelang
reformasi 1999, sekali lagi PAS melaksanakan ijtihad tahaluf
lagi, tapi dengan DAP yang majoritinya bukan Islam dan masih gagal mendekati
Islam. Tahaluf terhad demi menumpaskan kezaliman secara bersama. Tahaluf pada
masa itu belum sampai kesediaan DAP untuk memahami dakwah yang sebenar
yang PAS cuba bawakan.
Terdapat kesan baik untuk PAS, tapi masih belum berjaya
diteruskan kerana persediaan yang lemah dari kedua pihak. DAP keluar akhirnya.
PRU-2004 UMNO mendapat kemenangan paling berharga dalam sejarah Merdeka hasil
perpecahan yang berjaya dilakukan itu.
7.
Kemenangan PRU-2004 oleh UMNO bukan diraih semuadah itu, perlu
diingat juga ia adalah natijah projek sangat besar sebelum itu. Tahun 2003
jumlah kerusi parlimen Malaysia ditambah di hampir semua parlimen yang menjadi
kubu kuat UMNO, MCA dan MIC. Belum pernah persempadanan dikerjakan sebegitu
dahsyat dan zalim pada sistem demokrasi ini sejak Merdeka.
UMNO memperuntukkan
kerusi yang banyak di kawasan bukan Islam demi memecahkan sokongan yang hilang
pada tahun 1999, malah diolah pula parlimen pembangkang dengan merosakkan
geografi pilihanraya demi memastikan pengundi Islam terpecah dan tidak mengundi
pembangkang (BA = Barisan Alternatrif).
8. Kali pertama juga dalam sejarah
pilihanraya pasca Merdeka, kaedah gerrymendering dimanipulasi semaksimanya
dihampir semua parlimen pembangkang; berlaku pertambahan dan pecahan yang
sangat besar luar tabi'e demokrasi.
Hakikatnya gerrymendering
yang dah pun diharamkan di
hampir semua negara dunia termasuk negara maju telah digunakan oleh UMNO demi
survival politik bangsa yang mereka bawakan dengan terkeluarnya DAP dari BA.
9. Hakikat yang berlaku; negeri dan
parlimen utama Melayu dan Islam yang majoriti dipegang oleh PAS dan PKR
langsung diabaikan, malah dibesarkan jumlah pengundi melangkaui 100,000 orang
dalam satu-satu parlimen.
Kubu-kubu UMNO, MCA dan MIC dipecah sekecil-kecilnya
demi mewujudkan parlimen baru walau jumlah pengundi hanya 10,000 lebih sahaja
setiap parlimen!
10. Tiga kubu BN; Johor, Sabah, Sarawak
menerima pertambahan parlimen mendadak, dan negeri-negeri Kelantan, Terengganu,
Kedah, Selangor, Perak langung tidak berubah, atau sangat minimum. Malah
Kelantan, Terengganu yang bermajoritikan Islam dan Melayu langsung dinafikan
tertubuhnya parlimen baru, walau itu hak rakyat Melayu Islam di sana.
Sampai
ada yang geografi parlimennya lebih luas dari Pulau Pinang dan Perlis. Kawasan
Melayu Islam seperti Kapar, Baling, Kuala Kedah, Kuala Terengganu contohnya
dirosakkan dengan lambakan pengundi luar jangka melebihi 90,000, sedang kawasan
selamat pembesar-pembesar UMNO dan MCA di Johor, Pahang dihadiahkan parlimen
baru dalam jumlah puluhan ribu sahaja.
11. Kesan kekalahan PAS dan pembangkang
dalm PRU11 tahun 2004 hasil dari gerrymandering itu memposisikan jumlah ahli
Parlimen pembangkang yang sangat rendah dalam sejarah Merdeka.
Fakta
Angka (merujuk graf peratusan kemenangan kerusi UMNO)
12. Sebaik selesai PRU11 tahun 2004, PAS
duduk semeja dengan rapi bersama DAP, berpakat merancang dan meletakkan agenda
menumbangkan kezaliman dan rasuah, dan mengislahkan sistem demokrasi sebagai perjuangan bersama.
Kali
ini PAS menggerakkan ijtihad tahaluf siyasi sekali lagi dengan kefahaman dakwah
dengan mengguna pakai seruan pelbagai ulamak dunia, ikhwan, termasuk sahabat
gerakan-gerakan Islam dunia.
Ketelitian itu sangat perlu disebabkan ijtihad PAS
itu berdasarkan waqie' dan menjadi kali pertama dalam sejarah dunia untuk
sebuah parti Islam bekerjsama dengan satu parti bukan Islam berdasarkan sirah
Hudhaibiyyah.
13. Tahun 2008, PAS PKR dan DAP masuk
dengan kebersediaan dan memahami apa yang diperjuangkan. PR pada masa itu masih
terpaksa menghadapi kesan kezaliman gerrymandering tahun 2003 itu; iaitu
rakyat hanya mampu memnentang kezaliman apabila perjuangan bukan atas nama
bangsa diletakkan di hadapan.
Kawasan pengundi berdasarkan gerrymandering yang
dipecah-belahkan mengikut perkauman itu hendaklah disatukan dengan satu pakatan
yang faham.
14. Kesan paling besar buat pertamanya
kalinya dalam sejarah PRU; 109 kerusi UMNO yang dikecapi 2004 (49%) telah jatuh
kepada 77 (35%) sahaja. Namun hakikatnya juga kerusi Melayu Islam di Parlimen
dari PAS atau PKR terus mendadak dari 8 kepada 44 kerusi (pertambahan 450%).
Malah jika dicampur kerusi Melayu Islam dari UMNO dan BN, jumlah sebenarnya
turut bertambah daripada 123 (55%) kepada 130 (59%). Tidak ada yang berkurang,
malah lebih untung!
15. Itulah sejarah kekalahgan yang paling
buruk pasca Merdeka yang dialami oleh UMNO dan BN, melangkaui kekalahan 1969 40
tahun lepas. BN juga tersentak tatkala Cina dan bukan Islam meninggalkan MCA
dan MIC untuk bersama DAP dan PR, walhal mereka baru sahaja dihadiahkan
persempadanan pilihanraya baru pada 2003 lepas!
16. Habis PRU12 tahun 2008, UMNO hiolang
punca. apakah lagi formula persempadanan terbaik yang boleh dimanipulasikan
mereka. Oleh itu tahun 2011 lepas UMNO menyatakan mereka tidak lagi berani
melakukan perubahan kawasan parlimen walaupun cukup 8 tahun tempoh matangnya
seperti yang digariskan dalam perlembagaan.
17. Fakta ini begitu jelas bagi yang
mengkaji, namun diselindung dengan sengaja oleh UMNO, diperlekehdan dan disorok
oleh kepimpinan NGO Melayu yang saya jumpa.
Mereka mahu apa jua fakta tidak diketahui umum demi
memainkan sentimen bangsa dan agama yang dicanangkan pada pengikut
masing-masing yang naif.
Mereka juga tidak sebutkan angka kejatuhan kerusi
bukan Melayu 4% di parlimen, dan mana perginya 4% itu kalau bukan kepada ahli
parlimen beragama Islam?
18. Fakta yang digemburkan adalah
pertambahan DAP dari 13 kepada 41 kerusi parlimen (215%), sebaliknya didiamkan
fakta hampir semua kerusi MCA jatuh pada PR termasuk yang kembali kepada Melayu
Islam.
19. Inilah formula baru selain
persempadanan yang dicanang penuh emosi oleh UMNO dan pelbagai NGO Melayu dan
NGO Melayu Islam dalam banyak perbincangan saya.
Mereka tidak berminat jika
kita mahu membetulkan angka itu. Maka berkempenlah mereka menggunakan formula
sentimen perkauman dan agama yang telah UMNO perkenalkan itu.
Bagaimana
hak ummat Islam boleh dikembalikan dengan panghapusan gerrymandering (graf
jumlah pengundi setiap parlimen)?
20. Merujuk figure kecil di atas (jumlah
pengundi setiap parlimen), menunjukkan BN dan UMNO hanya menang di kawasan
parlimen yang dikecilkan sekecil-kecilnya hatta di bawah jumlah purata Malaysia
(50,000 satu parlimen) (warna biru).
Mereka menang hampir semua parlimen yang
baru diwujudkan tahun 2003.
Sungguh beruntung rakyat Johor, Sabah dan Sarawak
dan Pahang.
21. Sebaliknya kawasan dimenangi PR
walaupun terpaksa berhadapan dengan lambakan pengundi luar logik demokrasi,
tetap terus dimenangi oleh PR pada 2008 hasil kerjasama tahaluf dengan rakan PR
termasuk DAP, walau belum mencukupi majoriti untuk berkuasa di parlimen.
Persempadanan SPR boleh dilakukan pembetulan setiap 8 tahun.
22. Arahan pada SPR untuk gerrymenadering
diperbetulkan hanya boleh dilakukan tatkala PR menguasai parlimen melalui
pengislahan demokrasi yang diperjuangkan oleh BERSIH tersebut, iaitu
memulangkan hak pengundi kepada rakyat secara adil. "Level"kan
playground!
23. Tanpa kuasa parlimen, mustahil UMNO
akan berikan semula hak-hak Melayu Islam tersebut. Apa yang SPR kena buat
hanyalah membuang elemen gerrymendering dalam persempadanan lepas, dan patuh
sepenuhnya pada formula persempadanan yang termaktub dalam perlembagaan. Ia
dilihat sangat adil menerusi kacamata demokrasi.
24. Oleh itu jika kemenangan dicapai, dan
keadilan kawasan pilihanraya dilaksanakan, maka sudah pasti PR terutamanya
kawasan Melayu Islam yang ditandingi oleh PAS bakal mendapat pertambahan kerusi
yang mendadak; contohnya Kapar, Baling, Kuala Kedah, Kuala Terengganu, Shah
Alam, Kota Raja, Lenggong etc.
Dan sebaliknya
jika taburan kerusi di kubu-kubu UMNO diadilkan semula kepada jumlah purata
lingkungan 50,000 seperti yang sepatutnya, maka BN khasnya UMNO bakal
kehilangan hampir 29 kerusi parlimen "haram" yang telah sengaja
diwujudkan pada 2003 lepas.''
25. Itulah realiti sebenarnya; bukan
sahaja suara Melayu Islam di parlimen sedang meningkat dalam percaturan tahaluf
siyasi sekarang, bahkan suara Melayu Islam bakal menghampiri 2/3 parlimen jika
perlaksaan pilihanraya adil itu berjaya dilaksanakan selepas pembetulan elemen
gerrymandering. Ianya hanyalah perubahan sokongan dari UMNO kepada PAS atau
PKR.
26. Apa yang pasti; usaha membenteras
kezaliman yang sedang diusahakan oleh PR pada masa ini bukanlah semudah selepas
PRU13 kelak untuk ummat Melayu Islam terus merasai buahnya, tetapi ia hanya
bermula selepas pembetulan persempadanan semula pilihanraya yang hanya akan
dikuatkuasakan untuk PRU14 tahun 2018 kelak.
Nasihat
buat Saudaraku ISMA: Kezaliman tidak subur bersama Islam
27. Kepada saudara seperjuangan dari NGO
Melayu Islam ISMA khususnya, fakta di atas hanyalah sebahagian dari kezaliman
sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia yang terus disorokkan oleh
pemimpin kamu.
Saya belum bercakap 8 lagi tuntutan BERSIH yang sudah tertera
disebabkan Presiden ISMA berkata dia menyokong sepenuhnya tuntutan itu, cuma
dia takut jika UMNO laksanakan tuntutan itu ia bakal merugikan Islam. Rujuk
ucapan dan tulisan dia!
28. Percayalah, tanpa berusaha dengan apa
cara sekalipun untuk mencapai tuntutan BERSIH dan 'adil tersebut, termasuk ISMA
yang sangat bencikan mereka yang menyertai BERSIH, dan selagi suara yang
membencikan kezaliman tidak mendominasi parlimen, selama itulah hak Melayu dan
Islam bakal terus dinafikan.
Selama itu jugalah Islam bukan sekadar gagal
disyariatkan sebagai dasar negara, bahkan gagal dilaksanakan dalam konteks
hidup harian dan mu'amalah. Selama itulah juga Islam bakal terus dizalimi oleh
pemimpin Islam yang sangat tamakkan kuasa.
29. Bagi Ketua-Ketua ISMA dan Ketua
Syuranya yang masih takut atau teragak-agak untuk Islam dan bangsa Melayu itu
berdiri jika keadilan terlaksana, maka saya ingatlah ayat Allah;
"berlakulah 'adil, sesungguhnya itu lebih hampir kepada ketaqwaan".
Kezaliman dan kemungkaran tidak mungkin berpadu serentak.
Perpaduan bangsa
dengan membiarkan kezaliman dan rasuah berterusan pasti gagal melaksanakan apa
jua agenda Islam dan ummahNya yang semua kumpulan Islam mahukan.
30. Buat mereka, saya ulang dengan jelas
pernyataan yang diberikan baru-baru ini; "keutamaan yang lebih penting
sekarang adalah menumbangkan kezaliman dan perasuahnya, ia bakal meletakkan
semula hak dan keadilan di tempatnya berdasarkan apa yang termaktub dalam
perlembagaan, dan dengan itulah Islam boleh bertapak semula".
Saya juga
nyatakan saya cintakan agama dan bangsa saya, dan saya mahukan mereka menjadi
ummah yang terbaik, bukan dihina.
31. Dan pasti itu bukan penutupnya, kerana
agenda Islam mestilah berterusan bukan terhenti di kertas undi dan parlimen.
Itu hanyalah kaedah yang ada pada masa ini.
32. Sebagai agama murni dan hanif, 'adil
dan hanya tertegak atas keadilan beserta hujjah, dan benckan kezaliman, ia
tidak sesekali meredhoi wujudnya penindasan dalam apa jua keadaan
sekalipun, walau kononnya atas nama untuk kuatkan Islam sekalipun. Saya
malu, sebagai penganut aqidah Islam ini jika agama saya ini tidak mampu berdiri
atas sistem yang 'adil itu.
Ayuh
Ikhwah seperjuangan;
Percayalah
sahabatku semua dari mana pertubuhan sekalipun; atau yang tidak menganggotai
apa sekalipun; komposisi Islam mempunyai masa depan
sangat cerah dalam negara kita tatkala keadilan dalam demokrasi itu ditegakkan. Itu janji Allah.
Untung
utamanya dengan keadilan itu ditegakkan adalah tetap pada bangsaku Melayu yang
beragama Islam ini.
Begitulah
juga tidak nilainya kamu anda terus berkokok "ISMA sayang PAS",
"ISMA sokong PAS calon PAS tulen dalam PRU13", "ISMA sangat
benci UMNO", tapi natijah perbuatan membohonginya.
Kata nabi;
"berkatalah yang baik, atau pun diam". Yakin itulah yang terbaik buat
ISMA pada masa ini jika masih segan-silu nak ucap "ISMA sayangkan
UMNO" demi Melayu sekalipun.
Fahamilah
perpaduan sebenar; adakah setakat menyelamatkan beberapa kerat pembesar UMNO
yang kelemasan tersebut, atau mahu selamatkan bangsa Melayu dan Islam?
Apa pula
yang ISMA faham erti perpaduan yang Allah nukilkan? Cukuplah pesanan Rasul
untuk setiap Muslim tidak jatuh dalam lubang sama dua kali. Bukan disebabkan
sakitnya jatuh itu, tapi rugi dalam perjuangan yang dilalui ini.
Juga
takutilah ayat Allah; tatkala si Muslim tidak mahu lagi perjuangkan kebenaran
dan keadilan, si Muslim pula bercakap isu perpaduan melebihi seruan Allah, maka
pada masa itu Allah bakal gantikan mereka yang lain. Di mana kamu ketika itu?
Ikhwah
yang dirahmati;
Tulisan saya
pasti mengguriskan ramai rakan yang rapati sejak 2005 tatkala kamu baru mahu
bertatih. Disebabkan saya kenali kamu, sejarah lahir kamu, dan saya sayang
saudara seperjuanganlah, maka saya hulurkan cebisan ubat yang
pahit ini.
Saya tanam
dan pegang dalam diri konsep "nata'awun fimat tafaqna, wana'dhoru fi
makhtalafna..."(bekerjasama
dalam perkara yang disepakati, dan berlapang dada dalam perbedaan pendapat).
Saya pegang sungguh disiplin itu dalam setiap 'amal dan tarbiyyah selama ini,
berhadapan dengan pelbagai perbezaan dan jama'ah Islam.
Saya
sanggah siapa sahaja yang tidak melaksanakannya, walau sahabat-sahabat saya!.
Namun itu bukanlah suatu yang memberhentikan saya dari menegur kamu apabila
telah terlampau!
Seruan saya
jika "sayang", maka berjumpalah dan bercakaplah! Tak usahlah lagi
kamu berdolak-dalik malah berbohong dalam FB dan tulisan "dah pernah
berjumpa", "dah hubungi orang itu dan ini", "kami mahu
jumpa tapi PAS tidak mahu jumpoa kami", dan entah macam-macam lagi alasan.
Berfikir
sebelum bercakap, dan ber'amal dengan faham.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment