Alahai pak menteri..diajak berdebat dgn Guan Eng dah jadi penakut diam
membisu.. Surat berdebat pernah dihantar sendiri oleh AMK P.Pinang ke
pejabatnya..tapi sayang..ku fikirkan ayam sabung..rupanya ayam piru..kah
kah kah..SharpShooter
Guan Eng - Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri
Nor Mohamed Yakcop tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan
sahutan perkauman "Ketuanan Melayu" dengan ugutan dan taktik ketakutan
bahawa Malaysia akan kembali kepada tahun 1511 jika BN kalah dalam
pilihan raya umum ke-13. 1511 adalah tahun kejatuhan kesultanan Melaka
kepada kuasa Portugis dan permulaan penaklukan kuasa asing di Malaya.
Tan
Sri Nor menggunakan tahun 1511 untuk menyokong dakwaan palsunya bahawa
pembangkang tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui agenda bumiputera.
Perbandingan ini adalah salah kerana Portugis merupakan kuasa
asing manakala pilihan raya umum ke-13 akan ditentukan oleh rakyat
Malaysia.
Ironiknya, sepatutnya PR yang menuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kehadiran pengundi hantu yang diragui, termasuk warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih, yang berupaya untuk memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang akan datang.
Adalah
jelas bahawa sekiranya BN mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum yang
akan datang, hitam akan menjadi putih dan putih akan menjadi hitam
seperti yang ditunjukkan oleh New Straits Times dan Utusan Malaysia yang
terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu.
Dengan
menggunakan agenda perkauman bumiputera dalam pilihan raya umum yang
akan datang, Tan Sri Nor dan UMNO telah memberi isyarat yang kuat bahawa
mereka tidak mempedulikan pengundi bukan Melayu.
UMNO dan Tan
Sri Nor menggunakan agenda bumiputera sebagai satu-satunya agenda untuk
memenangi pilihan raya umum, dengan mengatakan bahawa Pulau Pinang
adalah contoh di mana orang Melayu telah terpinggir.
Cabar Tan
Sri Nor Untuk Menyatakan Program-Program Apa Di Bawah Kerajaan Negeri BN
Dahulu Untuk Orang Melayu Yang Telah Dibatalkan Oleh Kerajaan Negeri
PR.
Kerajaan negeri PR Pulau Pinang mencabar Tan Sri Nor untuk
menyatakan jumlah orang Melayu yang telah terpinggir di bawah
pentadbiran PR. Bolehkah Tan Sri Nor menyenaraikan program-program yang
telah dilaksanakan oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri PR? Sekiranya Tan Sri Nor
gagal untuk membuat demikian maka beliau tidak berbeza dengan Perkasa
kerana menggunakan taktik umpan-perkauman dan taktik ketakutan.
Hakikatnya
bukan sahaja bantuan kebajikan diteruskan, malah PR telah
meningkatkannya kepada tahap yang tidak pernah dicapai oleh kerajaan
negeri BN selama 50 tahun.
Lebih daripada RM50 juta telah
dibelanjakan untuk melaksanakan dan meningkatkan bantuan kewangan
daripada RM100 setahun untuk warga emas, OKU, ibu tunggal serta
pelajar-pelajar Tahun 1 & 4, Tingkatan 1 & 4.
Tambahan
juga, kerajaan negeri PR memberi pinjaman mikro-kredit kepada golongan
miskin dan ibu tunggal, serta bayaran RM1,000 sekali sahaja untuk waris
warga emas dan pelajar-pelajar daripada isi rumah yang berpendapatan
kurang daripada RM4,000 yang berjaya diterima IPTA serta RM200 untuk
setiap bayi baru lahir.
Yang paling mengkagumkan, Pulau Pinang
telah berjaya membasmi miskin tegar dalam satu tahun, di mana BN telah
gagal selama 50 tahun, dengan memastikan bahawa setiap isi rumah
mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Menjelang 2015,
Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan sama
sekali.
Walaupun apabila kontrak kerajaan negeri diberi melalui
tender terbuka berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan
pengurusan, 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu.
Ini
adalah pengurangan jika dibandingkan dengan 100% yang diberi kepada
kroni UMNO, tetapi dari segi nilai, kontraktor-kontraktor Melayu yang
tulen telah bermanfaat jika dibandingkan dengan kerajaan dahulu.
Sebabnya
adalah kerana kerajaan negeri PR telah meningkatkan perbelanjaan untuk
program-program sosial dan infrastruktur sebanyak 55% daripada RM1,387
juta selama 4 tahun 2004-7 kepada RM2,142 juta di bawah pentadbiran PR
selama 4 tahun dari 2008-2011.
Sebagai contoh, peruntukan negeri Pulau Pinang untuk projek jalanraya, di mana hampir 100% telah dimenangi oleh kontraktor Melayu, telah ditingkatkan daripada RM10.25 juta pada tahun 2007 kepada RM42.6 juta pada tahun 2012. Dan pada tahun 2012, peruntukan paling besar dalam sejarah Pulau Pinang untuk hal-ehwal agama Islam iaitu RM64 juta telah diluluskan.
Dengan bermain emosi dan
sentimen dan mengabaikan fakta dan logik, Tan Sri Nor menunjukkan bahawa
beliau tidak berbeza dengan Perkasa.
Di Pulau Pinang, Perkasa
dibenarkan untuk memukul dan mencederakan wartawan, bukan sekali tetapi
dua kali di Jambatan Pulau Pinang pada bulan Julai tahun lepas dan pada
26 Februari semasa perhimpunan anti-Lynas di Padang Kota Lama. Tiada
tindakan telah diambil ke atas ahli-ahli Perkasa dan UMNO yang ganas.
Pada 10 Mei 2012, Perkasa telah dibenarkan oleh polis untuk melakukan
upacara pengebumian Hindu di depan pintu rumah saya di Pulau Pinang.
Jika
Tan Sri Nor berjaya untuk menggunakan ketakutan tahun 1511 dengan
pendekatan perkauman agenda bumiputera dan ketuanan Melayu, maka ia akan
menandakan penguburan demokrasi, harmoni kepelbagaian kaum dan budaya
serta 1Malaysia!
Lim Guan Eng
No comments:
Post a Comment