Tentu
anda kenal tiga artis ini! Seorang dari nya pernah istihar diri sebagai
ahli Umno. Tak kisahlah nak jadi ahli mana-mana parti pun kerana itu hak masing-masing dan diperakui
oleh perlembagaan.
Namun
apa yang tiga artis ini dah lakukan, rasanya kurang wajar! Mereka terang-terang
menunjukkan yang mereka anti himpunan “BERSIH 3”. Secara tak langsung semua
rakyat akan faham bahawa mereka adalah penyokong tegar kerajaan UmnoBn.
Kita
boleh lihat sketsa pendek lakunan mereka dalam you tube video. Sungguh
menjelikkan! Kalian sedar atau tidak sebenarnya
kalian sedang mengangkat Najib dan dalam masa yang sama kalian telah menghina rakyat
! Mengapa kalian memilih jalan ini wallahhualam Apakah kalian ditaja? atau dibayar? Atau kalian secara sukarela
berkempen untuk Umno?
Perbuatan
kalian bertiga jelas menggambarkan yang kalian anti himpunan BERSIH. Tak sokong
perjuangan NGO tak apa! Tak sokong
pembangkang pun tak apa, .. tapi tak sokong Himpunan Rakyat @ “BERSIH 3” dengan mempersenda himpunan tersebut, adalah
amat tidak wajar! walhal tujuan ‘BERSIH 3” amat murni – memperjuang dan
menegakkan keadilan untuk rakyat termasuk membela nasib mahasiswa.
Amat
malang,.. kalian seolah-olah
berbangga mempersenda rintihan
hati mahasiswa dan hati rakyat umumnya. Rakyat sedang bersusah-payah, berpanas,
berhimpit dan menanggung derita menghadapi serangan pihak polis sedangkan
kalian pula sewenang-wenang mentertawakannya ! Wajarkah? Orang berilmukah artis
yang macam ini?
Sebagai
artis yang menjadi milik masyarakat,.. sepatutnya kalian mengambil jalan
tengah,.. bukan memihak dengan membabi buta.
Lebih baik
ikut contoh Bok Lokman, Aishah dan lain-lain
Ingat
! lakunan kalian mempersenda dan memperlekeh himpunan “BERSIH 3” seperti dalam you
tube itu telah menyinggong perasaan rakyat Malaysia yang cintakan
keadilan dan pembelaan! Kalian pula
dilihat seolah-olah bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang zalim dan penuh
rasuah.
Penulis
nasihatkan lebih baik kalian berhenti jadi artis dan terjun dalam politik,..ikut
contoh Bob Lokman & Aishah ,.. itu lebih baik. Kalau kalian meletakkan diri
kalian separuh ahli politik, separuh artis, rasanya ia tidak berapa sesuai. Kalian
ada ramai peminat,..mereka terdiri dari berbagai gulungan dan fahaman politik ! Kalau kalian ingin terus popular dan cari
makan sebagai seorang artis hentikanlah kerja-kerja bodoh macam tu! Tanya diri sendiri,.. adalah aku ini sama
macam lembu Shahrizat atau seorang artis yang berilmu dan berakhlak mulia?
Hari
ini lakunan bodoh kalian sudah pun berlaku! dan dipertonton diseluruh
dunia, namun masih belum terlambat jika
kalian mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Kalau tidak,.. bersedialah
kalian,..Tidak mustahil ada rakyat Malaysia yang akan memboikot kalian !!
Oleh
: rahimothman
5 comments:
apa nama video tu?
inikah demokrasi pakatan rakyat? memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi bila ada pihak yang menyuarakan pendapat yang berbeza dengan ideologi mereka terus dihina???? Apakah islam mengajar kita menghina maruah seseorang hanya kerana berbeza ideologi politik??
p/s:Sekarang aku tgk dah x dak beza pemikiran PAS dan UMNO. Hanya mahukan kuasa politik yang kotor.
dah tahu ko sokong umporno
Bawak bertenang semua....biarkan mereka.....negara kiter demokrasi.....itu adlah usaha mereka ....yg ptg kiter patut berusaha lebih lagi utk menerangkan kpd umum akan penyelewangan UMNO/BN yg sebenarnyer....ayuh kawan2...kiter boleh...PR boleh.....itu strategi mereka......mari kiter tunjukkan strategi kiter pulak.....bior demer nengok strategi kiter pulak......
nk buat mcm mana depa sokong BN,tp lps je PAKATAN RAKYAT printah malaysia nt baru la depa tbuka pmikiran sapa yg elok sapa yg x elok... mgkin jgak dorag jaga nama sb nk cr makn. sebb kalau diaorng bgtau dorang skong pakatan,mampuih la depa nk masuk TV...tol x?? wallahuaklam??? pape pn rmai di kalangan org UMNO jaga jawatan sb tu ckp lau tak ftnah x bole.... UMNO2.. REFORMASI!!!
Post a Comment