Foto Hiasan |
Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.
First of all, wa memang tak suka
nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana
walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang
tahap biawak je la.
Kedua, takziah buat keluarga
allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang
timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang
membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan
yang sedang ditanggung oleh mereka.
Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah :
"Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."
"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber
Isu ini pada awalnya telah
disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang
terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet
ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa
telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.
Apakah SOP yang digunapakai oleh
polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh
mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu
perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat
mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan
sedemikian rupa.
Dalam kebanyakan kes, mangsa
bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana
beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram.
Rujuk 2 kes :
Mungkin ada yang akan
mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa
anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun
adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut
prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat
mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini
dapat dielakkan.
Walau apa pun wa setuju polis
hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang
demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan
harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding
dengan tindakan secara melulu.
Nota :
- Sekali lagi takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk Allahyarham
- Wa tetap tak setuju dengan usaha sesetengah pihak untuk memutihkan kegiatan rempit dengan menubuhkan rempit united - Rujuk Entri
- Usahlah dipolitikkan tragedi ni wahai chai ameno weyh ghaflah
No comments:
Post a Comment