PARIT BUNTAR, 9 Jun : Sambutan orang ramai terhadap ceramah Tamrin Ghaffar
malam tadi di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin , Pusat Tarbiyah PAS Parit Buntar,
Titi Serong amat memberangsangkan.
Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, Kehadiran lebih dari 2000 orang itu amat
tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Tamrin Ghaffar.
" Ada di antara yang hadir adalah orang-orang UMNO yang ingin mendengar ceramah dari Tamrin yang mengaku masih lagi menjadi ahli UMNO tetapi kini sangat aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat .
" Ada di antara yang hadir adalah orang-orang UMNO yang ingin mendengar ceramah dari Tamrin yang mengaku masih lagi menjadi ahli UMNO tetapi kini sangat aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat .
"
Apabila ramai orang UMNO hadir ke ceramah PAS, tandanya mereka sudah
mula tidak yakin dengan pembohongan tanpa henti yang dihidangkan setiap
hari oleh media massa yang dikuasai UMNO" katanya
Dalam ucapannya, Tamrin berkata dalam UMNO mempunyai enam T yang
digunakan oleh UMNO untuk mengajak rakyat untuk menyertai sebarang
aktiviti atau perhimpunan yang diadakan. Tanpa 6T ini UMNO gagal untuk
menarik rakyat bersama-sama mereka.
" Antaranya, T pertama ialah Topi iaitu UMNO akan sediakan Topi percuma
kepada orang yang turut serta dalam sebarang program yang dianjurkan.
Dalam himpunan menyambut ulang tahun UMNO
baru-baru ini, baju T berwarna merah diagihkan-agihkan secara percuma
dengan menggunakan peruntukkan tertentu" katanya
Seterusnya Tamrin berkata, T yang ketiga ialah transport. Pengangkutan disediakan untuk mereka juga
secara percuma.
" Tiada orang yang nak pergi jika dikenakan bayaran.
Inilah yang didik dalam UMNO dimana semuanya perlu disediakan. Dalam PAS
perkara ini tidak berlaku kerana ahli-ahlinya sanggup mengeluarkan duit
poket sendiri sebagai jihad dalam perjuangan.
" T yang keempat ialah Token iaitu setiap orang yang turut serta akan diberi duit atau elaun sebanyak RM50, RM100 atau yang cerdik sedikit akan dapat RM1000 ujarnya. Tak hairanlah kalau semua program mendapat sambutan rakyat kononnya" katanya
" T yang keempat ialah Token iaitu setiap orang yang turut serta akan diberi duit atau elaun sebanyak RM50, RM100 atau yang cerdik sedikit akan dapat RM1000 ujarnya. Tak hairanlah kalau semua program mendapat sambutan rakyat kononnya" katanya
Menurutnya, T seterusnya ialah Tipu. Rakyat telah ditipu dari dulu hingga sekarang
dan masih tidak sedar lagi walaupun dah 50 tahun lebih UMNO/BN
memerintah.
" Contohnya seperti himpunan UMNO dikatakan lebih 250 ribu
sedangkan stadium itu hanya muat 100 ribu sahaja. Macam mana mereka kira
pun tak tahu.
" Antara penipuan UMNO kepada rakyat termasuk juga
penyelewengan wang negara, rasuah, penyalah guna kuasa dan sebagainya
seperti isu lembu, Felda dan sebagainya."katanya
Melihat kepada himpunan Hijau yang dianjurkan oleh PAS dengan kehadiran
melebihi 100 ribu itu, beliau yakin bahawa jalan menuju ke Putrajaya
sudah sampai ke ambang kemenangan.
Beliau menyeru kepada orang-orang
UMNO supaya sama-sama menyokong PR kerana UMNO sudah tidak relevan lagi.
" Dalam satu program MUBARAK iaitu persatuan bekas-bekas ADUN dan MP BN,
apabila ditanya siapa dikalangan mereka yang telan mengundi PR dalam
PRU12 yang lalu, saya amat terkejut kerana disangkanya hanya saya
sahaja yang mengundi PR tetapi rata-rata mereka yang hadir juga telah
mengundi PR " katanya.
Turut memberi ucapan ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli
Parlimen Parit Buntar dan Tuan Haji Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar.MKA
No comments:
Post a Comment