Kelmarin
Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan
himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida,
dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia
badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya
jawatan).
Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut
adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...
TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI
KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI
MUNGKAR'
Antara tuntutan yang di tuntut kepada kerajaan PAS Kedah adalah seperti berikut :
1. MEMANTAU Operasi Pengeluaran lesen dan aktiviti Pusat Hiburan, Pusat
Maksiat, Rumah Urut, Pub, Disko dan seumpamanya yang merugikan dan
MEMURTADKAN Umat Islam dibawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS di Kedah.
(Kedah
La: Alhamdulillah kerajaan negeri memang sentiasa memantau sekarang,
cuma nak habag bagi tidak ada lesen dikeluarkan untuk Pusat Maksiat, Pub
dan Disko. Lesen Rumah Urut ada dikeluarkan tapi untuk urut tapak kaki
bukan pusat pelacuran. Bagaimanapun jika Pekida ada maklumat mengenai
aktiviti maksiat di premis2 tersebut sila maklumkan secara tepat segala
maklumat kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Minta maaf nak harap org
PAS bg maklumat depa tak tau apa sebab depa tak pernah masuk tempat2
macam tu)
2. MENGHAPUSKAN unsur-unsur SYIRIK sama ada dalam bentuk monumen, tugu
ataupun simbol-simbol yang berada di negeri Kedah TIDAK SELARAS dan
BERCANGGAH dengan ajaran Islam dan Perlembagaan PAS (parti yang
mentadbir Kedah).
(Kedah La: Setakat pengetahuan kerajaan
negeri tidak ada monumen seumpama itu. Kalau Pekida ada maklumat sila
maklumkan secara tepat untuk diambil tindakan)
3. MENJALANKAN operasi bersepadu agar anak muda,golongan remaja dan
belia dapat dicegah dari aktiviti berpeleseran, jenayah jalanan,
merempit, membuang masa, berkhalwat dan berzina.
(Kedah La: Kerajaan Negeri bimbing golongan
remaja melalui Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Shakhsiah, Kem
Belia Sejahtera dan macam-macam lagi. Jenayah jalanan dan rempit tu
kerja polis, kena pi bagitau Najib atau Tok Mat Bashah. Konsert K-Pop
untuk galak remaja bermaksiat dianjurkan oleh BN bukan PAS. Faham noooo)
4. MEMELIHARA Tanah Wakaf, Mahaahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat.
Menjalankan usaha dakwah serta pengimarahan surau, masjid dengan
kegiatan berfaedah dan perancangan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan
yang berterusan dengan dokongan dan bantuan kukuh pihak kerajaan
negeri, JAIK dan MAIK serta agensi berkaitan.
(Kedah
La: Setakat ini semua itu dipelihara dengan baik. Jika ada tanah wakaf
yang tidak berfungsi dengan baik, kerajaan lakukan Istibdal (pindah
wakaf) supaya harta wakaf diimarahhkan dgn pelbagai kegiatan. Bantuan
untuk institusi pendidikan Islam pun macam2 dihulurkan tidak seperti
semasa BN perintah negeri dulu)
5. MENJALANKAN usaha-usaha terancang, bersungguh ke arah mengurangkan
kemiskinan dan peningkatan peluang ekonomi di kalangan umat Islam Kedah.
Ini disebabkan 'kemiskinan boleh menghampirkan umat ini ke arah
kekufuran'.
(Kedah La: Alhamdulillah semua saranan itu
telah dilakukan dgn baik berdasarkan kemampuan kerajaan negeri. Cuma
yang tak buat kerja itu ialah Kerajaan Pusat.. Pekida kena pi habag kat
Najib atau wakilnya Tok Mat Bashah mengenai isu ini)
6. MENYEMARAKKAN usaha pendidikan Islam yang sebenar bagi membolehkan
lebih ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dilahirkan selain ilmuan
dalam bidang keagamaan.
(Kedah La: Itu pasailaa kerajaan besarkan
KUIN, tambah kursus pengajian, bina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba.
Masalahnya puak2 pembangkang iaitu BN di Kedah kata besarkan KUIN tu
membazir, Pekida kena pi serang puak UMNO tu)
7. MEMELIHARA alam sekitar, ekologi dan persekitaran dengan sebaiknya
untuk keseimbangan hidup sepertimana tuntutan agama agar keuntungan
tidak dilebihkan sehingga alam sekitar dirosakkan.
(Kedah La: Alhamdulillah semuanya terkawal
oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan... dua2 tu agensi kerajaan
Pusat/BN. Kalau depa tak buat kerja hantam depa cukup2)
8. MENINGKATKAN amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran kondusif
dalam semua bidang kehidupan sama ada ekonomi, politik, pentadbiran,
sosial, dan kemasyarakatan disebabkan kebersihan adalah sebahagian
daripada iman.
(Kedah La: Alhamdulillah semua yang disaran
tu sudah pun berjalan dengan baik. Isu sampah sarap ni hanya teruk di
zaman BN dulu, laa ni semua cantik merelit).
9. MEMUPUK ukhwah dan semangat perpaduan dan penyatuan dikalangan umat
Islam agar sentimen benci membenci, prasangka,taksub membabi buta kepada
puak dapat dikendurkan disebabkan sentimen sebegitulah yang seringkali
menjadi penyumbang sehingga persaudaraan Islam menjadi longgar.
(Kedah La: Kerajaan negeri sentiasa memupuk
perpaduan di kalangan rakyat, malangnya usaha tersebut dipecahkan oleh
puak pembangkang Kedah yang tak habis2 buat demonstrasi haram, usaha
menjatuhkan kerajaan negeri, menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan
negeri)
10. BERMUSYAWARAH, bermuafakat, berlaku adil dan ihsan dengan semua
pihak berkepentingan bagi apa-apa isu yang melibatkan kepentingan umat
Islam di negeri Kedah.
(Kedah La: Hak ni pun merelit..telah dibuat dgn baik oleh kerajaan negeri tahap A++++)
11. BERSUNGGUH, ikhlas,jujur.dalam melaksanakan kesemua perkara di atas
dengan mengketepikan sentimen politik, kepentingan diri, puak atau
parti.
(Kedah La: Alhamdulillah.. selama 4 tahun PAS perintah Kedah semua dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sentimen politik kepartian)
1 comment:
yang ni memang lawak bodo pekida..betulx bodo..depa nih berdemo menuntut bendax tu diambil perhatian hanya dinegerix bawah perintah PR aje..tetapi mereka membutakan mata mereka pada negerix perintah BN...lebih teruk lagi..pekida nak tunjuk baik tapi salah tempat..banyak ahli pekida sendiri tak mengamalkan prinsip dan moto "amar makruf nahi mungkar"..malah mereka tak tahu pun apa maksud katax tersebut..berkaraoke..bergaduh..tak bersolat..mainan aje bagi mereka..
maka perbetulkan halx dalaman ahlix pekida dulu...lagi bagus wahai tokx panglima..
Post a Comment