PARIT BUNTAR : Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Parit Buntar telah
mengadakan himpunan petugas-petugas pilihanraya yang dihadiri oleh
hampir 150 orang baru-baru ini.
Program ini dihadiri oleh Ketua
Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah.
Aiman Athirah dalam ucapan di majlis tersebut meminta agar muslimat PAS Parit Buntar dapat terus bekerja dan meningkatkan usaha memberi penerangan yang jelas kepada semua kaum wanita yang berada di dalam kawasan ini.
" Muslimat perlu turun dari rumah ke rumah untuk bertemu dengan pengundi-pengundi wanita untuk menerangkan dan memberi penjelasan yang baik berkaitan dengan berbagai isu-isu terutamanya negara berkebajikan dan buku jingga.
" Tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat apabila dapat memerintah negara ini adalah suatu tawaran yang mampu untuk dilaksanakan." katanya
Menurutnya . pentadbiran Pakatan Rakyat yang
cekap, telus dan bebas dari gejala rasuah mampu memberi kebajikan
kepada rakyat.
" Apa yang berlaku UMNO/BN telah melakukan pemborosan dan penyelewengan kepada kewangan negara dengan sewenang-wenangnya.
" Apa yang berlaku UMNO/BN telah melakukan pemborosan dan penyelewengan kepada kewangan negara dengan sewenang-wenangnya.
" Rakyat perlu sedar
tentang kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh UMNO/BN selama lebih
50 tahun mentadbir negara ini"katanya
Katanya, masalah rasuah, kronisme, keborosan, salahguna kuasa dan sebagainya telah menjadi darah daging dalam UMNO/BN.
Katanya, masalah rasuah, kronisme, keborosan, salahguna kuasa dan sebagainya telah menjadi darah daging dalam UMNO/BN.
" Semua slogan-slogan yang
selama ini didokrinkan kepada rakyat merupakan satu penipuan sebenarnya.
" Umpamanya slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah sesuatu yang kosong tanpa apa-apa makna kepada rakyat apabila lain dikata dan lain pula yang dilakukan" katanya
" Umpamanya slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah sesuatu yang kosong tanpa apa-apa makna kepada rakyat apabila lain dikata dan lain pula yang dilakukan" katanya
Aiman Athiran berkata, walaupun mereka telah memberi
bantuan seperti BR1M RM500 kepada rakyat baru-baru ini tetapi bantuan
itu hanya sekali sahaja bukannya pada setiap tahun.
" Apakah bantuan
seperti itu hanya diperolehi setelah berlalunya pemerintahan selama 50
tahun?
"Tambahan pula suasana kini makin menghampiri tempoh pilihanraya
ke 13 menyebabkan ada yang mengatakan ianya sebagai rasuah pilihanraya
oleh UMNO/BN." katanya
Beliau bertanya, kenapa sekarang baru diberi dan kenapa tidak diberi
selepas pilihanraya nanti?
" Namun rakyat kini semakin bijak. Rata-rata mereka mengambil semua pemberian yang diberi oleh kerajaaan UMNO/BN kerana mereka sedar apa yang diberi itu adalah hak mereka sebagai rakyat dan bukannya wang UMNO/BN.

" Pendidikan yang diterima oleh rakyat menyebabkan mereka tidak
lagi boleh digula-gulakan begitu saja terutamanya di kalangan anak-anak
muda"katanya
Beliau berkata, rakyat makin sedar kebobrokan dan kejelekan UMNO/BN yang terlalu rakus dan lahap merebut kekayaan negara. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengayakan kaum kerabat dan kroni sendiri.
" Kini rata-rata rakyat tidak lagi boleh diperkotak-katikan oleh UMNO/BN. Kesedaran dan keinsafan rakyat dapat dilihat melalui gelombang kehadiran mereka dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh PR.

" Walaupun ceramah
dibuat secara kecil-kecilan, ia masih mendapat sambutan yang hangat
seperti yang dilaporkan oleh media baru melalui blog-blog, facebook dan
twitter" katanya
Tambahnya, bagi golongan muda pula, kemudahan media baru ini menjadi bahan utama untuk mendapat maklumat dan penerangan yang jelas.
Tambahnya, bagi golongan muda pula, kemudahan media baru ini menjadi bahan utama untuk mendapat maklumat dan penerangan yang jelas.
"Media massa seperti
akhbar dan televisyen sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh mereka.
" Kekurangan pembaca dan penonton yang semakin merudum menunjukkan
sambutan terhadap media tersebut sudah kehilangan tempat dihati rakyat" katanya
Turut hadir
dalam majlis tersebut ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen
Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan Haji Harun
Hashim, YDP Parit Buntar dan AJK PAS Parit Buntar.
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan
Ust. Abu Bakar Husin sedang menyampaikan ucapan
Petugas pilihanraya muslimat PAS yang hadir
No comments:
Post a Comment