PARIT BUNTAR : Ceramah sempena
perasmian Markas Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Kurau telah mendapat sambutan lebih
lima ribu orang yang membanjiri dataran markas tersebut di Batu 13, Kuala
Kurau.
Pengarah MTD Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa berkata, dataran markas
berkenaan hanya mampu memuatkan kira-kira tiga ribu orang sahaja.
“ Orang ramai yang tidak dapat masuk, terpaksa duduk dan berdiri di tepi jalanraya dan jalan taliair yang berhampiran.
“ Orang ramai yang tidak dapat masuk, terpaksa duduk dan berdiri di tepi jalanraya dan jalan taliair yang berhampiran.
“ Mereka tidak mahu ketingalan mendengar ceramah yang disampaikan oleh
Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas Pusat.
Bahrain berkata, perasmian Markas
MTD Kuala Kurau telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS berkenaan.
“ Markas baru ini akan menjadi pusat
aktiviti Pas Parit Buntar bagi kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
“ Malah, markas ini akan menjadi pusat
aktiviti pilihanraya bagi MTD Kuala Kurau menghadapi pilihanraya umum ke 13”
katanya
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam
ceramahnya yakin Pakatan Rakyat akan
mengambil alih Putrajaya kerana rakyat mahukan perubahan terutamanya golongan muda.
“ Dulu saya sendiri tidak nampak jalan untuk ke Putrajaya kerana parti politik dalam Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP tidak bersatu dan masing-masing berjuang bersendirian.
“ Dulu saya sendiri tidak nampak jalan untuk ke Putrajaya kerana parti politik dalam Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP tidak bersatu dan masing-masing berjuang bersendirian.
“ Namun
kini bila Pakatan Rakyat wujud , UMNO/BN telah dapat dikalahkan di beberapa
negeri. Maknanya, jalan menuju ke Putrajaya makin jelas.
Menurutnya, UMNO/BN sangat takut dengan
perpaduan yang wujud dalam Pakatan Rakyat kerana dengan cara ini sahajalah mereka
dapat ditewaskan.
“UMNO/BN sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat untuk memerintah negara ini kerana berlaku banyak penyelewangan seperti isu scorpene dan NFC.
“UMNO/BN sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat untuk memerintah negara ini kerana berlaku banyak penyelewangan seperti isu scorpene dan NFC.
“ Sudah sampai masanya, rakyat bersatu
menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti” katanya
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Pesuruhjaya
Pas Perak Abu Bakar Hussin , Ahli
Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ketua Ameerah Pas Fareedah Abdul
Samad, ADUN Kuala Kurau Yunus Jamhari dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar Harun Hashim.
No comments:
Post a Comment