BUTTERWORTH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata,
ahli PAS kena tunjuk 'gah' terhadap kekuatan parti dengan menghadiri
setiap Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya supaya Umno yang mentadbir negara
ini merasa gerun.
Beliau yang berucap secara langsung dari pejabatnya di Kota Darul Naim, Kelantan dan disalurkan melalui layar besar ke sini menambah, kekuatan itu sepertimana yang diterjemahkan menerusi solat.
Beliau yang berucap secara langsung dari pejabatnya di Kota Darul Naim, Kelantan dan disalurkan melalui layar besar ke sini menambah, kekuatan itu sepertimana yang diterjemahkan menerusi solat.
Di mana dalam bersolat umat Islam diajar berdiri tegak dan mengikut langkah yang dilakukan oleh Imam yang bertindak sebagai ketua dalam berorganisasi.
"Parti kita kena tunjuk kekuatan yang menyeluruh kepada musuh politik supaya mereka yang mempunyai kekuatan wang ringgit dan media rasa gundah gulana bila berhadapan dengan jentera kita nanti," jelasnya.
Serupa juga ketika umat Islam berada di Mekah tambahnya, betapa rapatnya saf tanpa mengira warna kulit atau bangsa asalkan Islam semua boleh duduk dan mengerjakan haji dengan sempurna.
"Itu merupakan lambang kekuatan yang kita sendiri bina," kata Tuan Guru Nik Aziz
2 comments:
Nak gerun apa.... parlimen cuma 23 kerusi ja,,,, layak sebagai anjing DAP saja.
lebih baik dari jadi babi MCA
Post a Comment