Pada masa yang sama katanya,
bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad,
61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul
Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun
perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya,
beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.
Bagaimanapun, penghinaan terhadap
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS
berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas
isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.
Harakahdaily mengambil pendekatan
untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya,
memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus
perdana pro Umno termasuk media cetak.
Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes perceraian mereka juga turut
dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan
PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.
Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah beliau menjadi guru
al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah
tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia
begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan
PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah
atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.
“Malah saya bimbang kalau-kalau
perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah.
Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak
sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.
“Dia hanya memberitahu pergi
program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara
sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi
belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia
sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.
Sambungnya, perceraian itu turut
mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas
isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Akibat perselisihan faham semakin
tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk
mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.
Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.
“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.
No comments:
Post a Comment