Tanpa
mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,
Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis
tersohor, Siti Nurhaliza.
Program
yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu
2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam
kelmarin.
Menurut
sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima
lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.
“Ketika
anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar
Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun
program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.
“Malah
ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi
mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu
sumber di sini.
Difahamkan
guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir
dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.
Beberapa
guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama
ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.
“Ramai
guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut
kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,”
kata mereka.
Sementara
itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak
mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.
Bagaimanapun
kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis
wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.
“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.
Ketua
Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah
Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan
kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.
Katanya,
kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan
segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS
dihidupkan kembali.
“Umno
tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka
sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.
Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.
Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.
1 comment:
UMNO NI KALAU TAK ADA HIBURAN TIDAK HALAL KERJA MEREKA. KAU ORANG TAK TAHU KE
Post a Comment