PARIT BUNTAR, 21 Julai : Sepanjang bulan Ramadhan ini umat Islam akan
berlumba-lumba meningkatkan amalan untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Namun tanggungjawab itu bukan hanya untuk golongan tua sahaja akan
tetapi golongan belia juga disaran agar turut sama mengambil peluang
berbuat amal ibadah mencari keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul
Nizam Ishak, golongan belia disaran mengambil peluang di dalam bulan
yang penuh barakah ini untuk menambahkan amalan seperti beriktikaf di
masjid, bertadarus, solat tarawikh, berqiyamullail dan banyak lagi
amalan-amalan lain yang boleh menambahkan pahala yang berganda-ganda
sepanjang Ramadhan.
Pemuda PAS Parit Buntar juga akan mengadakan program
khusus bersama-sama dengan golongan belia sepanjang Ramadhan ini dengan
program seperti mengedarkan bubur lambuk, mengadakan tadarus Al-Quran
di masjid-masjid, qiyamullail perdana serta program Badar Al-Qubra.
Pemuda PAS juga akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen
Parit Buntar serta PAS Kawasan Parit Buntar mengadakan program sumbangan
untuk fakir miskin, meraikan anak yatim, guru Al-Quran serta lawatan
ziarah ke Hospital Parit Buntar.
Kita minta golongan belia bersama-sama mengambil
peluang ini. Sudah terlalu lama dan banyak kita menumpukan urusan dunia,
hiburan, sukan dan macam-macam lagi, jangan kita menunggu apabila usia
tua baru hendak beramal, sebaliknya semasa usia muda ataupun belia
inilah kita jadikan sepanjang Ramadhan ini untuk meraih keuntungan saham
di akhirat.
|
Tuesday, July 24, 2012
PARIT BUNTAR!!! Golongan belia diseru tingkatkan amal di bulan Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment