Friday, September 7, 2012

POLIS TAK TANGKAP SYAITAN!!! Ini punca ada laporan polis tapi tiada pendakwaan?


Adakah ini juga 'menghasut', polis?


 
Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

NONESetakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini
bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.

Datuk Ambiga Sreenevasan
NONEBekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang
shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingTerdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.

Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.Malaysiakini


Bimbang ancaman pengganas 'syaitan yang dikenali'

KUALA LUMPUR: Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR.


"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu.


"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.


"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali".


"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.


"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.


"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.


Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.


Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.


Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.


Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.Hrkh

No comments: