Friday, September 7, 2012

TERKANTOI SUDAH!!! Twitter Syok Sendiri Merdeka55 Najib tidak diiktiraf



KUALA LUMPUR, 8 Sept —  Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.


Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.Akan tetapi dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.



"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason  bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.

Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumt global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit)."Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet. ~tmi

No comments: