Friday, September 7, 2012

SAMPAI TARA TU!!! Blogger UMNO nak perbodoh rakyat, pertahan tindakan Perkasa

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
 

Berhempas pulas nampaknya sebuah blog bukan upahan (sebab UMNO tak bayaq dekat blog ni, buat kerja bodoh tanpa upah) mempertahankan diri terhadap isu penyerang masjid Pumpong baling kasut ke dalam masjid.

Isu baling kasut ke dalam masjid ini didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar serta beberapa orang saksi yang berada dalam masjid ketika itu. Ohya sebelum tu, nak habag bagi kat orang di luar zon utara apabila disebut 'kasut' maka orang Kedah ni pukoi borong semua... sepatu, sandal, terompah, selipar atau apa-apa saja alas kaki semua depa sebut kasut. Bukan apa, nanti ada pulak pahlawan maya taik kucin UMNO kat KL nun akan putaqbelit pulak kata sekejap selipar, sekejap kasut.


Lepas tu depa masukkan isu remeh temeh untuk spin, misalnya Mahfuz kata jarak dia dengan Anwar cuma tiga orang, depa siar balik foto dalam masjid tu.. tapi depa spin, pi lengkong kira orang kat saf belakang untuk jadikan jumlah 5 orang, walhal kalau depa kira direct orang depan Mahfuz ke Anwar memang 3 orang pun. Sampai tara tu puak2 ni nak memperbodohkan orang cerdik.

Oleh kerana semua hujah2 mempertahankan diri yang panjang lebar dan berhempas pulas tu adalah hujah2 pekak wailon belaka maka tak payahlah MK menjawab kesemuanya. MK cuma nak serang balik puak2 penyokong serangan ganas terhadap 'rumah Allah' dalam bentuk soalan.. tak payah bagi jawapan laa ni. Jawab kat akhirat besoklah bila malaikat tanya:


1. Betoi ke dak (betul atau tidak) kumpulan penyerang masjid itu terdiri dari ahli UMNO, Perkasa serta para penyokong mereka?


2. Adakah kumpulan penerang itu mempunyai tauliah dari Pejabat Agama untuk bertindak menghalang tazkiroh di masjid?


3. Benarkah sebahagian besar kumpulan penyerang itu tidak bersolat Maghrib? Kononnya nak cegah mungkar tapi sedarkah mereka bahawa mungkar yang besar ialah tidak menunaikan solat?


4. Betoi ke dak kumpulan penyerang telah mengacaubilaukan masjid, membuat bising, bersorak, memaki hamun Anwar dan Imam, membunyikan siren untuk mengganggu tazkiroh? Setuju atau tidak bahawa tindakan tersebut adalah biadap terhadap rumah Allah?


5. Bersetuju atau tidak bahawa Anwar langsung tidak bercakap politik atau isu-isu politik dalam masjid?


6. Bersetuju atau tidak bahawa jika hanya kerana tokoh politik bercakap masjid dianggap mencemarkan institusi masjid maka Najib, Muhyidin, Mat Bashah serta sebahagian besar pemimpin UMNO telah mencemarkan institusi masjid kerana mereka juga pernah berucap di dalam masjid?


7. Betoi ke dak Timbalan Presiden Perkasa Zulnordin telah membuat pengakuan terbuka di TV3 bahawa dalam peristiwa itu kasut di baling ke dalam masjid Pumpong itu berlaku? (Rujuk Buletin Utama 3 September)


8. Setuju atau tidak jika semua isu 'tauliah' ditangani secara ganas seperti yang berlaku di masjid Pumpong, dengan mengetepikan pihak berkuasa agama dan keselamatan maka umat Islam akan jadi huru hara?


(Ada banyak lagi soalan... jawab hak tu dulu, kalau mampu jawab... sebelum soalan cepumas yang lain menyusul.)Kedah La

4 comments:

Anonymous said...

jawapan keatas kepala babi yg diletak dipintu masjid sebelum ini mungkin terunkai Allah SWT maha mengetahui atas tiap2 sesuatu dan Dia juga amat berkuasa untuk membungkar segala rahsia yg disembunyikan oleh mahlukNya,kalau mereka boleh menyerang dengan biadap serta baling kasut dalam masjid ketika orang menyampaikan tazkirah tak mustahil mereka sanggup meletakan kepala babi dalam masjid siapakah yg paling biadap dari mereka ini??? sudah tentu tidak ada orang islam yg sanggup melakukan demikian melainkan mereka itu orang kafir harbi yg diistiharkan perang oleh islam.

Anonymous said...

kahkahkah, rupa2nya, geng2 perkasa yg serang masjid seberang pumpong tu tak semyg maghrib rupanya.

Anonymous said...

Pigidah lu Perkasa. Dahlah solat hajat lepas Asar, pastu nak serang tazkirah masjid konon takde tauliah.

Anonymous said...

Berahim ali & geng perkasam semua.....ingatlah ALLAH maha mengetahui atas segala sesuatu.