Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan
Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para
ahli Parlimen menjadi emosional semasa jawapan Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam
perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.
Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan
dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap
pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran,
tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi
Parlimen yang sudahpun panjang.
Awang Adek berkata pegawai
tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah
tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.
Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.
Katanya
beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat
berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.
Fong
juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang
menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat,
mereka boleh balik.
Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan
telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada
Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu
mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?
Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?
Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.
Awang
Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab
sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli
parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.
Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan
Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh!
kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".
Timbalan
speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan
bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi
tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R
Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas
hati.
Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan
pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis
sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.
Pada ketika
ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan
"secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak
bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.
Timbalan speaker
itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus
meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan
dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi
riuh-rendah dengan jeritan bantahan.
Ketika ditemui di luar Dewan
kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya
terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis
selesai.
"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.
Ditanya
mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti
yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah
seorang yang mengotai janjinya.
'Saya kurang sihat'
Pada
masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa
kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri
itu.
Chong Eng: Aiya, apa ini!
Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.
Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran
Awang: Saya demam...
Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini
No comments:
Post a Comment