KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.
Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.
Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah
menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan
membatalkan status hutan simpan kekal.
Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana
melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.
Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).
“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan
Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan
membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.
Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat
keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
“Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan
pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.
“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua
terlibat,” kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan
Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan,
Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan,
Rashid Latiff -
Keadilandaily
Apa implikasinya kepada negara?
•Peratusan hutan simpan tetap di seluruh Malaysia semakin berkurangan
dan dijangkakan jika tidak ada perubahan dasar bersabit pembalakan dan
pengekalan hutan simpan, Malaysia akan berdepan dengan kepupusan hutan
dalam dua generasi
•Kegiatan pembalakan dan rampasan hutan simpan telah menjadi punca utama
rasuah hasil dari persekongkolan di antara ahli politik dan ahli
perniagaan yang menjadi proksi atau pembiaya kepada ahli politik.
Tanah-tanah rakyat yang luasnya berpuluh ribu ekar hilang tanpa
pengetahuan rakyat kerana dipindahmilikkan kepada syarikat-syarikat
kroni sedang hasilnya tidak masuk ke Perbendaharaan Negeri
•Tanah-tanah hutan simpan yang diterokai untuk pembalakan, kemudiannya
dijadikan pula ladang untuk penanaman kelapa sawit dan akhirnya
dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Keuntungan beratus juta ringgit
yang sepatutnya milik rakyat akhirnya menjadi kekayaan peribadi
tokoh-tokoh Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka
•Pembalakan dan penerokaan yang berleluasa itu sering tidak mengendahkan
kesan alam sekitar yang mengundang bencana alam seperti tanah runtuh,
banjir dan hakisan. Akibat ketamakan Umno/Barisan Nasional, puluhan ribu
penduduk di sesuatu tempat yang terkesan dari aktiviti penghapusan
hutan simpan akibat pembalakan ini berhadapan dengan bencana alam.
Tapi... pencacai UMNO peduli apa itu semua... diaorang menderita tak apa.. asal pemimpin diaorang bahagia..
Lagi dokumen berkaitan sila lihat di sini (
Rafizi Ramli )ASD
2 comments:
..dan ini adalah dari sebegitu banyah tanan-tanan yang telah di rambat oleh BN/UNMO al Syaitan di Malaysia ini dan banyahnya tanan-tanan ini adalah kepunyaan orang Melayu pula..Tapi Orang-Orang Melayu ini suka jadi yang Lembu suka jadi kuli dan hamba kepada al Syaitan BN/UMNO...ini lah yang susah nya...walaupun ada Agama Islam dia suka jadi Lembu juga..dan yang Islam pun kadang-kadang suka jadi Lembu juga...
..dan ini adalah dari sebegitu banyah tanan-tanan yang telah di rambat oleh BN/UNMO al Syaitan di Malaysia ini dan banyahnya tanan-tanan ini adalah kepunyaan orang Melayu pula..Tapi Orang-Orang Melayu ini suka jadi Lembu suka jadi kuli dan hamba kepada al Syaitan BN/UMNO...ini lah yang susah nya...walaupun ada Agama Islam dia suka jadi Lembu juga..dan yang Islam pun kadang-kadang suka jadi Lembu juga...
Post a Comment