Tuesday, October 23, 2012

FAKTA KEMARAHAN UMNO!!! 4 tahun Pakatan tadbir Selangor lebih baik daripada 55 tahun BN

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kejayaan Selangor membawa wang lebihan sebanyak RM2 bilion dalam masa empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu lebih baik berbanding 55 tahun pemerintahan Umno BN, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang memuji prestasi kewangan Selangor gagal menipu dan menyekat sokongan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan negeri walaupun BN bertubi-tubi menyerang menerusi media kawalannya.

“Kita ada wang lebihan RM2 bilion, semasa Umno BN kejayaan itu tidak pernah berlaku. Ini baru empat tahun (Pakatan) perintah, jadi lebih baik Pakatan daripada BN walaupun 55 tahun tadbir.

“Kalau kerajaan nak beri duit, ambik, jangan tak ambik, kerana itu duit kita, bukan dia punya,” kata Khalid disambut sorakan 500 penyokong yang tidak berganjak dalam hujan lebat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Sekamat, Taman Klang Utama, Klang, petang Ahad lalu.

Khalid berkata, konflik yang sengaja dicipta Umno BN memakan diri mereka apabila kemenangan sentiasa berada di pihak yang benar.

“Mereka sengaja nak cari salah kita, tapi rupanya dia (BN) yang buat salah. Untung hutang Talam, dia cakap kita kutip hutang, silapnya dia yang bagi Talam hutang tapi tak kutip hutang.

“Isu air pula dipolitikkan, jadi hujan ini adalah rahmat buat kita kerana tidak perlu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) nak lawat empangan Sungai Sireh yang sudah dipenuhi air. Kita bersyukur kerana Tuhan memberikan kemenangan kepada orang yang benar,” kata Khalid.

15 comments:

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

LEBIHAN 2 BILLION JER. TAK BUAT APA APA PEMBANGUNAN SEBAB BN DAH BUAT HABIS, TAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT...

ITUPUN HANYA MAMPU BAWAK LEBIHAN 2 BILLION JER...?

Anonymous said...

Alahai....biarkan siLuncai terjun dengan labu-labunya. Nada orang kecewa !

Anonymous said...

standard lah tu luncai. 2 billion tu pun hasil daripada rumah urut, perjudian dan arak. nak menuju ke arah negara berkebajikan lah katakan..

Budak Kampung Kita said...

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA!!!!!!!!
http://rizalmat.blogspot.com/2012/10/pramugari-koma-di-tanah-sucimesti-baca.html

Anonymous said...

04:41 & 05:18 takkkan banyak tu aje komen.. boh lagi.biar semua org yakin 100% bahawa org yg bermazhab umno ni memang ada classss ...otak lembu.....

Anonymous said...

PasPB ni rupanya tak cerdik juga macam YB Mahfuss dok nampak 2 billion tu aja yang lain2 tu tutup mulut, mata dan telinga biar menanah.

Anonymous said...

Marah sangat la beruk umno sbb 55 tahun umno perintah mcm beruk

Anonymous said...

ado juga 2 billion....yg UMNO/BN...asyik menambah hutang jor....udah nogori byk berhutang....negaro....lagi bertambah...asyik defisit jor tahun2...lain kali kalu tak der duit...mintak jor kat macai UMNO/BN yg otak lombu nie.....apo minta kat den pulak......bilo nak duit..persekutuan...kalu dah byk duit..sendiri punyer haluan.....tak guno botul.....

Anonymous said...

Dalam keadaan apa pun PR adalah lebih baik dari BN.Memeritah selangor dengan lebih bersih dari BN, tiada kes rasuah sepanjang 4 tahun memerintah selangor dari kalangan menteri2 PR.

Anonymous said...

Rumah urut, perlacuran, kongsi gelap, perjudian dan arak. Welcome to selangor

Ajib said...

Anon 18:09..cubalah jd cerdik skit ketika memberi komen..wlupun mahadir dh ckp org2 umngok bodoh2 belaka.buktikan kpd dia yg korg bkn bodoh..tp xslh kt mahadir..krn anda membuktikan sememangnya org2 umngok nie bodoh2 belaka..adakah itu semua baru wujud selepas mac 2008??..dan adakah lesen2 rumah urut,perjudian..dan arak dikeluarkan oleh kerajaan negeri.??dan pemilik2 saham, jwtn2 tertinggi di dlm kelab2 mlm, kilang2 arak dan perjudian cthnye adalah milik siapa?? adik p blajaq ngaji dulu..dh pandai nti br komen balik yer

Anonymous said...

Ajib, ko ni ada kene mengene dgn umno ke? Nama pun dekat2 dgn nama najib. Ke ko ni spy umno yg menyamar?

Anonymous said...

adik anon 18.09 p blajaq kat tadika pasti.. bg pandai Ye dik.. Dah abis blajaq kat tadika pasti.. masuk sek tahfiz.. Mudah2han dpt hidayah insyaAllah

Anonymous said...

Pemilik rumah urut, kilang arak dsb tu kan d bwah kekuasaan org2 umno dan mca zaman diorang jd 'tuan rumah' dlu .. semua org da tau..org2 umno ni dia suuuuuuka sgt ckp tanpa ilmu..skadar nk tnjuk dia pun tau politik..eyyy pandey, lu p ambik taik, lu sapu kat lu punya muka laa..ckp serupa mcam si luncai..haha

1Malaysia, Rakyat diBAHLOLkan, Pencapaian Entah Kemana...

Anonymous said...

..Lihat pada komen, betul juga kata DR M ,Orang Melayu yg menjadi ahli-ahli Umno al Syaitan ini Bodoh-Bodooh belaka kerana yg Pandai dah masuk Pakatan...ahli-ahli Umno ini selain itu kelakuannya adalah nak tunjuk Kuat,nak tunjuk siapa akan jadi Pencacai dan Penbodet no satu dan nak orang Melayu jadi macam dia Lembu...dan yg jadi Pemimpin pula adalah al Syaitan..nak tunjuk Kuasa ,nak tunjuk siapa boleh jadi Jutawan dan nak menipu Orang Melayu jadi seperti ahlinya, Lembunya..tapi dia lupa Orang Melayu ALLAH S.W.T beri kepada Orang Melayu agama ISLAM,AL QURAN danSUNNAH NABI...maka tidak sesekali orang Melayu Islam ini di tipu sampai dua kali melainkan Lembu Umno sahaja..