Bekas
menantu Abdul Taib Mahmud ini menyifatkan ketua menteri Sarawak itu
sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin terkaya di Asia
Tenggara.
Shahnaz
Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung
aset bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz
mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika
Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland,
Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya
sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya
yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang
dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit
berjumlah USD25 juta (RM75 juta).
Beliau juga mendedahkan,
bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland
dengan deposit berjumlah USD31 juta (RM93 juta).
Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air, Sheila Majid.
JALAN PULANG
1 comment:
Calculate a calorie deficit goal. Losing one lb. requires a deficit of 3,500 calories, so if you want to lose 2 lbs. per week, you need a deficit of 7,000 calories per week, or about 1,000 calories per day. For example, if your BMR is 1,500 calories and you stick to a 1,200-calorie-per-day diet, you create a deficit of 300 calories per day. You would need to burn an additional 700 calories per day through exercise to meet that goal. The NEDA, panel, and collaborating organizations Obesity & High blood pressure:-
Post a Comment