Datuk
Mohamad Roslan Sakiman masih kekal sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya
Petaling Jaya(MBPJ) kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang
tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan.
Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ hari ini.
Tulis
kenyataan itu lagi, oleh kerana arahan tersebut adalah tidak sah, maka
Mohamad Roslan masih lagi merupakan Datuk Bandar MBPJ dan masih boleh
berkhidmat di MBPJ.
Ini
kerana, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, jelas memberi kuasa
kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar
dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang.
Surat itu
juga memaklumkan MBPJ tidak bersetuju dengan surat arahan penempatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kepada Mohamad Roslan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Surat
yang bertarikh 27 September 2012 tersebut diterima oleh Majlis pada 28
September 2012 dan arahan penempatan Mohamad Roslan sebagai Timbalan
Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012.
“Dengan ini
Majlis dengan tegas membantah arahan tersebut yang ternyata bercanggah
dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan
memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar
Pihak Berkuasa Tempatan.
“Arahan pertukaran tersebut adalah tidak sah kerana Mohamad Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perlantikan itu masih berkuatkuasa, ” kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu juga memaklumkan pada masa ini MBPJ dalam proses menyediakan bajet 2013 yang mana bertemakan PJ Prihatin.
Bajet ini
dikemukakan kepada penduduk PJ yang mana kini dalam proses akhir
pembentangan bajet yang dijadualkan pada hari Rabu, 3 Oktober ini.
“Arahan
Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan secara serta merta dan
tergesa-gesa ini akan menjejaskan proses penyediaan bajet 2013 ini yang
melibatkan kepentingan orang awam khususnya rakyat Petaling Jaya juga
boleh menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MBPJ,” kata
kenyataan itu lagi.
Sehubungan
itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tegasnya menggesa Jabatan
Perkhidmatan Awam memandang serius perkara ini. Kemungkinan perkara ini
terpaksa dibawa ke mahkamah untuk satu deklarasi yang menyatakan
tindakan arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kepada Mohamad
Roslan adalah tidak sah dan ultra vires
1 comment:
Balaci2 umporno kt JPA reti ke peraturan pertukaran ni.... jgn lh ikut aje arahan peminpin umporno.... fikirlah guna kepala lutut sikit....
Post a Comment