EKSKLUSIF Ahli perniagaan Deepak Jaikishan
mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak
sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi
membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek
Kementerian Pertahanan.
Menurut Deepak, dia memeterai satu
perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana
beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.
Sebagai
pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan
dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat
tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3
ekar tanah kerajaan di Klang.
Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli
politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu
untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek
tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.
Perjanjian
itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta
dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.
Sebagai
balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya
pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima
bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.
Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.
"Beliau
gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada
pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat
(projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.
"Jadi,
saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang
pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah
ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.
Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.
Berikut adalah petikan wawancara Malaysiakini dengan Deepak:
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment