Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:
"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.
"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.
"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.
Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.
Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.
Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.
Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.
'SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya'
Akuan Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.
Berikut adalah petikan daripada sidang akhbar Deepak mengenai perkara itu di Kuala Lumpur petang semalam:
[Baca berita penuh]
9 comments:
Aih.. Setakat someone claim je terus nak suruh letak jawatan? Abg nuar terbukti meliwat org steady je jadi ketua umum, tak letak jawatan pun..
Ahmad Maslan dah anggap beruk umno ni sampah. sbb komen pun sampah, sbb Ahmad Maslan lebih suka pencacai umno luar negara kah kah kah kesian beruk
Kalau betul ade kes dah tentu anwar ada kat sg buloh sekarang ni...bodoh betul beroksekor ni...macamni punya bodoh pun ade lagi dalam dunia ni...
makhamah mana yg mengatakan Anwar terbukti bersalah dalam kes liwat..adeehhh ko nie..org suh mengaji ko xmau tu pasalnye...ko p blajar agama dulu..pastu blajar ilmu dunia..pastu baru hang dtg balik utk komen kt sini atau mana2 ruangan blog..samada blog pr atau be end..buat malu jer...
woi non,
Masih ingat lagi hakim Augustine Paul yang yang menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dalam kes liwat di mahkamah tinggi dulu ??
Kemudian hakim-hakim mahkamah rayuan mengesahkan keputusan Augustine Paul itu !!
Hanya dua daripada tiga hakim mahkamah persekutuan yang melepaskan Anwar sebab diatas kesilapan teknikal semata-mata !!
Kau ni memang melayu mudah lupa ke atau kau masih berhingus lagi ketika tu ???
bodoh la ko rakab, kalau dah tak bersalah, tak bersalah la . ko nak jadi hakim pi la berlajar law dulu
Woi ko tu tunjuk betul2 bukti anuwar meliwat. Jgn ckp main sedap rasa aje. Dasar umno dajal
Kalau betul anwar meliat dan bersalah, memang masih dok dalam ppenjara. semua tu mainan politik UMNO, nak jatuhkan Anwar yang memang tak nak letak jawatan kketika itu. Mahathir buat kes. Semua hakim, polis adalah bawah pengaruh UMNO/BN nak sekat pengaruh Anwar... Tai tuhan maha besar... Anwar terlepas, tak cukup bukti, kes tak kuat, tu semua bukankah memang tak ada kes???? Kes yang direka2... hingga nak babitkan Anwar dgn Isteri Azmin. hingga pikul tilam kesana sini, nak burukkan Anwar, padahal itu tak ada kaitan pun dgn kes liwat... semua tu dah nampak dari awal perbicaraan... sapa nak liwat Dr Anis Munawar???? Badan benggali??? Kes liwat ke 2 plk pelik, saifulm kata Anwar paksa dia. Ingat liwat tu mcm nak masuk tangan dalam lubang kerek telaga ke??? susuh wooo...nak main dgn bini yang masih dara pun susuh masuk, padahal memang sama2 nak. Anwar dah 60lbh, saiful muda trang tang tang, sekali terajang terlingkup.. lojik ke??? ingat senang ke nak masuk??? kemaluan oorg umur 60an bukan mcm budak umur 20an.... fikirlah secara lijik, jgn ikut membabi buta, nanti jadi babi...
Kalau betul anwar meliat dan bersalah, memang masih dok dalam ppenjara. semua tu mainan politik UMNO, nak jatuhkan Anwar yang memang tak nak letak jawatan kketika itu. Mahathir buat kes. Semua hakim, polis adalah bawah pengaruh UMNO/BN nak sekat pengaruh Anwar... Tai tuhan maha besar... Anwar terlepas, tak cukup bukti, kes tak kuat, tu semua bukankah memang tak ada kes???? Kes yang direka2... hingga nak babitkan Anwar dgn Isteri Azmin. hingga pikul tilam kesana sini, nak burukkan Anwar, padahal itu tak ada kaitan pun dgn kes liwat... semua tu dah nampak dari awal perbicaraan... sapa nak liwat Dr Anis Munawar???? Badan benggali??? Kes liwat ke 2 plk pelik, saifulm kata Anwar paksa dia. Ingat liwat tu mcm nak masuk tangan dalam lubang kerek telaga ke??? susuh wooo...nak main dgn bini yang masih dara pun susuh masuk, padahal memang sama2 nak. Anwar dah 60lbh, saiful muda trang tang tang, sekali terajang terlingkup.. lojik ke??? ingat senang ke nak masuk??? kemaluan oorg umur 60an bukan mcm budak umur 20an.... fikirlah secara lijik, jgn ikut membabi buta, nanti jadi babi...
Post a Comment