Saturday, November 17, 2012

UMNO LUNYAI !!! 400 keluar BN sertai PKR


Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.

Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.

Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.

Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.

"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.


Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.

"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya,” ujar Azmin sambil berseloroh.

Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.

"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu,” ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.


Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net

8 comments:

Anonymous said...

Pakatan menang nanti, taruk semua geng2 umno dan bn kat pulau batu putih..biar diorang berkelompok kat sana..

rakab said...

Seorang sahabatku dari sungai Petani yang kuat menyokong Pas semenjak peristiwa Memali lagi, hari ini perlahan-lahan mengubah pendiriannya menentang sandiwara Pakatan Rakyat.

Ketika bersama-sama menonton klip video solat hajat dimana imam Pas mendoakan kemusnahan Umno, tiba-tiba beliau menyumpah imam Pas tersebut dengan menyebut 'HARAMJADAH !!' dan terus membebel betapa terpesongnya Pas sekarang ini dari landasan perjuangan agama Islam.
Aku hanya tersenyum saja melihatkan gelagat beliau.

Aku fikir ini juga mungkin adalah satu hikmat. Kalau penyokong tegar seperti sahabatku Rohim boleh bertukar pegangan politik ekoran kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas sekarang, apatah lagi golongan yang berada di atas pagar.

Anonymous said...

beruk umno mana ada sahabat

Anonymous said...

Rakab, kau boleh berkata apa saja tanpa bukti.. kaki pembohong dan dusta.. setiap percakapanmu ibarat muncul dari akhbar Utusan...

r5akab said...

Yer ke ?? kau pun baca utusan ??

Memang patut kau baca utusan sebab harakah tu tak boleh pakai...

perwakilan Pas sendiri ramai yang belasah akhbar tersebut. Ada bukti tau !

ARAHAN DARI PRESIDEN PAS said...

Dah jelas, muktamar Pas menolak Anwar sebagai PM. Mula dari saat ini ahli Pas sila jauhkan diri dari semua unsur yang berkaitan dengan parti PKR.

Anonymous said...

Rakab, ak ni baca semua akhbar dan buat penilaian.. buat analisis sket mcm org berilmu.. x mcm hang, otak kosong pastu sedut berita dlm utusan..tu yg jadi bengap..hehe

Anonymous said...

Xyah layan cai umporno tu…
Buang masa jer