Dalam
satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan
meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan
Thaipusam, di Jalan Scotland.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut
memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil
disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya
No comments:
Post a Comment