Acara membakar
bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth,
Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.
Setengah jam
kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis
Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.
"Sah, tak jadi
(acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju
balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.
Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.
Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.
"Sebagai (ketua
polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya
menggesa semua pihat agar tidak membangkita isu keagamaan dan kebudayaan
yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi.- Mkini.com
No comments:
Post a Comment