PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan
kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat
sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
“Sudah
tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan
mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,” tegas beliau kepada
pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Dalam pada
itu, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan sikap Datuk Seri Najib
Razak yang berlengah dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas)
dengan Malaysia, sejak 2010.“Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia
dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun.
Kami merasa sangat kurang gembira.“Rundingan kebiasaannya mengambil dua
tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang
lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain.“Kami berharap dapat
melanjutkan rundingan dalam masa terdekat.
Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah
rakan FTA dengan Kesatuan Eropah,” katanyaBeliau terdahulu bersama
delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali,
Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.
Anwar berkata, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap
integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok
EU-ASEAN-FTA.“Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan
efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.
“Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan
dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata,” kata Anwar.
~keadilandaily
No comments:
Post a Comment