SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat
berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di
Petaling Jaya.Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu
lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.
Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara
itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.Hannah
berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi
senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan
apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.
Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan
beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di
alamat sama.“Daripada jumlah itu, dua adalah Melayu, seorang India dan
lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur
antara 36 hingga 90 tahun.
“Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah
semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.Dalam pada itu,
Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi tidak
mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya. ~sinar harian
1 comment:
itulah asyik menipu sana...menipu sini......sampaikan sendiri tak tahu yg mana betul.....kahkahkah.....UMNO....UMNO....itu perangai org nak mampus tuuuuu.......hihihihihi
Post a Comment