Friday, January 11, 2013

TERTEKAN KEMARAHAN RAKYAT!!! Syabas umum akan selesaikan ketiadaan air dalam masa seminggu

Tertekan dengan bantahan dan amaran saman yang akan dilakukan jika tidak dapat memulihkan kembali bekalan air dalam tempoh 10 hari, akhirnya flip-flop yang mereka sendiri reka terkantoi.
Sebelum ini, mereka memberitahu masalah bekalan air hanya akan selesai menjelang Tahun Baru Cina pada 10 Februari depan tetapi nampaknya tekanan berterusan menyebabkan perancangan mereka tergendala.
Akhirnya mereka terpaksa mengalah, memaklumkan bahawa gangguan bekalan air yang melanda Lembah Klang sejak dua minggu lepas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Khamis depan.
Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Ruslan Hassan berkata gangguan yang melibatkan lebih 27,000 akaun itu dapat diatasi selepas kerja pemasangan paip pintasan dari Kolam Air Dusun Kubong ke Kolam Sedut AU3 Baru dan AU3 Lama dilaksanakan sejak Khamis lepas.
"Pintasan dijalankan serta-merta selepas mendapat kelulusan daripada SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan kita menjalankan kerja siang dan malam. Dan ia akan siap Ahad ini atau selewat-lewatnya pagi Isnin.
"Apabila siap (pintasan), Syabas menjangkakan masalah air ini akan selesai pada hari Rabu atau selewat-lewatnya Khamis," katanya kepada pemberita pada program sumbangan air minuman di Flat Sri Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata, gangguan bekalan air sebelum ini disebabkan pengurangan kadar pengepaman air dari Rumah Pam Wangsa Maju sebanyak 30 juta liter sehari (JLH).
Ruslan berkata, sistem pam Wangsa Maju beroperasi pada tahap yang dihadkan iaitu 180 JLH berbanding kadar pam sebelum ini iaitu 210 JLH bagi mengelakkan kerosakan akibat lebih bebanan.
Bagaimanapun, beliau berkata, projek pintasan itu hanya penyelesaian jangka pendek dan bagi memastikan masalah seumpama itu tidak berulang, sebuah Rumah Pam bersebelahan Rumah Pam Wangsa Maju akan dibina dengan kapasiti sebanyak 120 JLH.
 
JALAN PULANG

No comments: