Monday, May 13, 2013

JANDA DAH BERLAKI!!! Kerajaan Selangor menang kes saman ibu tunggal


Masihkah rakyat ingat beberapa janda-janda UMNO buat demo depan Mahkamah Tinggi Shah Alam, kononnya diri mereka teraniaya dan terseksa batin sebab kena tipu dan terpedaya dengan janji-janji manifesto Pakatan rakyat pada PRU ke-12 tahun 2008 yang lalu?

Tak cukup dengan demo mereka saman Kerajaan PR Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Demo dan rasa kecewa sangat mereka ini dilaporkan oleh Utusan dan Berita Harian serta mendapat liputan cukup eksklusif dari semua stesen TV terutamanya TV3 dan RTM termasuklah NTV7 dan Astro Awani.

Akhirnya mengikut tweet YB Rodziah Ismail hari ini menyatakan Mahkamah Rayuan memutuskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menang dalam rayuan.. Melahirkan rasa syukurnya beliau.

Kesian janda-janda UMNO dipergunakan oleh oleh segelintir pemimpin UMNO untuk dijadikan bahan kempen memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan hasrat dan niat tidak lain tidak bukan agar dengan cara ini boleh merampas kembali Sealangor.

UMNO ingat rakyat Selangor ni jenis bodoh-bodoh macam ahli-ahli dan penyokongnya.

Bukan saja Kerajaan PR SElangor tak tumbang tetapi jumlah kerusi dimenangi pun naik sehingga dapat majoriti 2/3 dan boleh dikatakan semua kerusi yang dimenangi PR, majoritinya meningkat mendadak.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.

Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.OMAK KAU

1 comment:

Anonymous said...

BN/UMNO ni tak tau apa lagi yang hendak diperkatakan.suroh pergi sekolah mereka monteng,suroh pergi dengar taskirah/ceramah mereka kata merekalah yang terlebih pandai ceghodek.diajak berbincang dibalas ngan pergaduhan.dijemput kemajlis perpaduan islam,digasaknya ngan penari k-pop psy,ditambah majlis menyanyi di-pagi hariraya oleh ketua mereka.diajak menyempurnakan hukum allah dikatakan oleh ketua mereka tidak boleh dilaksanakan ditambahnya lagi dengan alasan adalah rekaan ahli fekah.kemaraan/kebangkitan rakyat dikatakan tsunami cina.bila lagi bn/umno ni nak sedar dan bertaubat lahum?.bn/umno ni hentah apa lagi yang mereka mahu.agaknya bn/umno ni wants the yard but goes by the inch should be kicked by the foot.