ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah membantah cadangan menghapuskan
sekolah vernakular di negara ini dan meminta kebebasan yang diberikan
sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tidak dipertikai.
Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang menyifatkan sebarang usaha atau cadangan ke arah itu sebagai menafikan hak rakyat untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak mereka.
Katanya ibu bapa mempunyai sebab tertentu menghantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular dan kaji selidik logik tindakan mereka itu perlu dibuat supaya penambahbaikan dibuat jika didapati ada kelemahan.

"Ini adalah cara Malaysia (bagi pilihan) kerana ia berkaitan faktor masa depan anak-anak, bukan berasaskan perkauman semata-mata kerana bahasa bukanlah isu sebenar tetapi persepsi dan kualiti sekolah vernakular.
"Mengapa ada juga orang Melayu hantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C)," kata Keng Liang kepada pemberita di sini hari ini.
Keng Liang mengulas kenyataan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang berpendapat sekolah-sekolah vernakular diubah kepada sekolah satu aliran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk memperkukuh perpaduan rakyat.
Katanya, Gerakan menolak saranan Abdul Rahman sambil meminta sesiapa sahaja yang memegang jawatan tinggi dalam sektor pendidikan negara berhenti membuat kenyataan atau komen mempertikaikan hak tersebut yang dilindungi berdasarkan artikel 152(1)(a) perlembagaan negara.
Walaupun saranan Abdul Rahman bukan pandangan Barisan Nasional (BN) namun ia memberi implikasi dan tetap mengundang rasa tidak senang masyarakat terhadap saranan seumpama itu, katanya.
Keng Liang berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas tidak dipengaruhi oleh isu sekolah venakular, bahasa dan perkauman malah melangkaui tiga perkara tersebut. - Bernama
1 comment:
bukan dasar pelajaran yang salah, tapi pemimpin umno yang salah dan jahat, racist, pemfitnah, rasuah, pembunoh, penipu, pengkhianat bangsa, pemusnah negara (projek ic), perosak akidah umat islam di m'sia.
Post a Comment