GEORGETOWN: Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dan
PAS Bayan baru masing-masing mendapat ketua baru pada pemilihan yang
diadakan baru- baru ini.
Ustazah
Hasnah Idrus diamanahkan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri sessi
2013 -2015. Timbalanya disandang oleh Cikgu Asnah Hashim iaitu bekas
calon PAS Bayan Lepas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 lalu dan
jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Ustazah Rahmah Mat
Isa yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri sesi lepas.
PAS Bayan Baru juga beralih kepimpinan apabila Iszuree Ibrahim menjawat jawatan Yang Dipertua (gambar). Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Haji Zainol Anuar. Naib Yang Dipertua diberikan kepada Ustaz Tafiqulrahman.
Ketua
Urusan Ulama diamanahkan kepada Ustaz Nazri, Ketua Dewan Pemuda,
Zulfahmi mananakala Ketua Dewan Muslimat masih dipimpin oleh Asnah
Hashim.
No comments:
Post a Comment