Tinggal 34 hari sebelum ditutup poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, menyaksikan persaingan sengit antara undian untuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Muhamad Sabu.
Datuk Tuan Ibrahim memperolehi 26% daripada jumlah undian berbeza hanya 3% dengan undian yang di perolehi Muhamad Sabu iaitu 23%.
Sungguhpun begitu, Dato'
Husam Musa masih di depan dengan memperolehi 45% daripada jumlah undian.
Walaupun
di depan , peratus undian terhadap Dato' Husam semakin menurun
berikutan peningkatan undian untuk Datuk Tuan Ibrahim dan Muhamad Sabu.
Pengurangan undian untuk Dato' Husam berikutan pengumumannya yang tidak mahu mencabar penyandang sekarang sebagai Timbalan Presiden.
Keputusan ini juga meningkatkan undian kepada ketiga calon lain .
Peningkatan mendadak adalah kepada Muhamad Sabu berbanding Datuk Tuan Ibrahim. Datuk Nik Amar turut meningkat kepada 4% undian.
Bagaimanapun
poll ini tidak mencerminkan keadaan sebenar sokongan kepada calon
Timbalan Presiden PAS. Penentuan sokongan ini banyak bergantung kepada
kecenderungan perwakilan PAS Kawasan yang akan hadir ke Muktamar Agung
PAS Pusat nanti.
No comments:
Post a Comment