“Saya cukup terkejut dengan berita ini. Saya dah baca surat
itu, ada nama dan nombor kad pengenalan saya tapi tanda tangan itu 100
peratus tidak betul.
"Malah kepala surat itu pun bukan daripada DUN negeri,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
S Kesavan yang terkejut dengan berita itu berkata, beliau
akan menghubungi Speaker DUN negeri, Datuk R Ganesan berikutan terdapat
‘cop terima’ dari Yang Dipertua yang tertera dalam surat yang disebarkan
itu.
“Esok saya akan buat laporan polis dan kenyataan akhbar di Ipoh mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau tidak menafikan khabar angin itu tersebar ketika
beliau sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang dijadualkan
berlangsung seminggu lagi.
"Seminggu lagi saya nak kahwin, mungkin ada pihak nak burukkan nama saya dan imej parti,” katanya.
No comments:
Post a Comment