Tuesday, February 4, 2014

PRK KAJANG!!! Semakin ramai calon bebas, tapi semua pro BN untungkan PKR



PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.
Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.

Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.

"Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini.


Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. -mstar

ULASAN GB

BN buntu cari calon, belum muncul lagi. Yang muncul kini ialah calon-calon "bebas" mesra-BN macam di Bukit Selambau dan Penanti dulu.

Setakat ini sudah dua orang calon Bebas mengumumkan untuk bertanding di PRK Kajang, bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay dan presiden NGO, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia Ramlan Abu Bakar. Kini menyusul pula Nallakarupan.

Undi siapakah yang akan berpecah? Undi BN sendiri kerana umum mengetahui kesemua mereka yang disebutkan adalah mereka yang mesra-BN dan anti-PR sejak PRU13 walaupun sebelumnya mereka adalah rakan rapat Anwar.

Kemunculan calon-calon Bebas ini nampaknya bagus bagi Anwar. Dan yang nyata, calon-calon Bebas ini bakal dikangkungkan rakyat Kajang.Greenbox

No comments: