Wednesday, April 9, 2014

GUNA DUIT RAKYAT!!! Lawatan Muhyiddin ke Dubai, 3 jam kerja, 10 jam main golf


Lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai, yang sedang berlangsung, dipersoalkan dua anggota Parlimen Pembangkang hari ini.

Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) membangkitkan laporan sebuah blog pembocor maklumat yang memuatkan jadual Muhyddin di negara itu.

Menurut mereka, tugas rasmi Muhyiddin hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.

Selain itu, ia didakwa cuma diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak rasmi” dan dua kunjungan ke padang golf.


Wakil rakyat itu mempersoalkan siapa yang membiayai perjalanan itu yang menurut jadual itu dilaporkan menggunakan “pesawat khas”.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada pegawai-pegawai timbalan perdana menteri.

No comments: