Wednesday, April 9, 2014

HANYA TAHU FITNAH!!! 16 tahun keluarga difitnah, pemimpin UMNO tak pernah rasa

WawiKUALA LUMPUR 9 APRIL: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) mencuri tumpuan hari ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.

Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum KEADILAN yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan pelbagai pihak termasuk Pembangkang DUN Selangor dalam isu Fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.

“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” kata Presiden KEADILAN itu merujuk kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar, lapor Selangor Kini.


Pada sesi perbahasan semalam, Wan Azizah turut mempertahankan suaminya bagi menepis dakwaan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mengatakan Anwar cuba memburukkan imej negara ketika ditemubual media antarabangsa berhubung insiden pesawat MH370.

Dalam ucapannya pagi tadi, beliau turut menyentuh pujian yang dizahirkan Sultan Selangor yang gembira dengan peningkatan ekonomi Selangor sebanyak enam peratus seperti yang dititahkan Tuanku dalam ucapannya, Isnin lalu.

Katanya, angka berkenaan bukti jelas Anwar melakukan tugas selaku Penasihat Ekonomi Negeri dalam memastikan ekonomi Selangor meningkat waalupun dibayar gaji RM1.

Adun Kajang itu turut menegur kerajaan negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan usaha memastikan kaedah pengurusan sisa pepejal dapat ditambah baik.

Ini susulan taburan sampah sarap yang dilihatnya pada tempoh berkempen di DUN Kajang dan percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat diperkasakan melalui kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

Tambah beliau, jalan penyelesaian masalah aliran trafik untuk jangka pendek di kawasan Kajang juga perlu dibuat sementara menunggu projek Transit Laju Massa (MRT) siap sepenuhnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60562

No comments: