Tuesday, April 13, 2010

Penguatkuasaan etika pakaian dipertingkatkan


KOTA BAHARU , 13 April : Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan meningkatkan penguatkuasaan etika berpakaian kepada pemilik kedai, majikan dan pekerja di negeri ini.

Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Nik Amar Nik Abdullah berkata, kadar kefahaman mengenai tanggungjawab tersebut di kalangan pekedai di negeri masih di tahap sederhana.

“Apa yang berlaku sekarang, undang-undang tidak perlu dipinda sebaliknya penguatkuasaan itu penting,” katanya kepada selepas Merasmikan Seminar Etika Pakaian 2010, di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri lebih 500 pemilik, majikan dan pekerja dari pelbagai latar agama dan bangsa.

Nik Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III berkata, peng-anjuran seminar itu adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk meningkat kesedaran setelah berlakunya peningkatan kadar denda yang dikenakan kepada pekedai yang melanggar peraturan.

“Pada tahun 2008 terdapat 225 kes terlibat, manakala 2009 menurun kepada 113. Bagaimanapun, sehingga Mac tahun ini jumlahnya meningkat kepada 257. Oleh itu penganjuran seminar ini untuk meningkatkan kefahamannya me-ngenai tanggungjawab ini,” kata-nya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropie Hasan berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai kes kejadian menggunakan pekerja wanita untuk tujuan pelacuran di premis kedai di negeri ini. SH

No comments: