Tuesday, December 21, 2010

Asal bukan Umno

Tumbangkan Rejim Rosmah Demi Ketuanan Rakyat Malaysia!


Ketika saya menuntut di sekolah menengah sedekad lampau, saya berada di kelas tingkatan 3 Burhanuddin Helmi. Memandangkan akronimnya BH kami sering menggelarnya BraveHeart. Ini kerana kami terpengaruh dengan semangat juang William Wallace lakonan Mel Gibson dalam filem BraveHeart.

Di Malaysia versi cerita BraveHeart berkisar mengenai perjuangan seorang Menteri Besar yang terpaksa berdepan serangan tohmahan dan propaganda 'agen DAP' dari pemerintah Barisan Nasional.

Dalam misi mempertahankan kuasa rakyat, akhirnya Ir. Nizar Jamaluddin tersungkur rebah akibat komplot terancang pihak Istana dan rejim Najib Rosmah. Beliau dihumban keluar dari kekuasaan hasil pencabulan demokrasi yang terang-terang diselindung cubaan BN untuk mengubah Malaysia ini sebagai sebuah negara autokratik.

Demi membuktikan beliau sememangnya Menteri Besar Pilihan Rakyat, Nizar Jamaluddin telah bertanding di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Beliau mencabar Menteri Besar Kepala, Dr. Zambery Kadir bertanding satu lawan satu dengannya namun Zambery adalah seorang pengecut. Ini adalah normal kerana pemimpin BN rata-ratanya tidak memiliki telur untuk berdepan secara anak jantan.

Bukit Gantang bukanlah Kubang Kerian. Pada tahun 2004, Tan Lian Hoe menang selesa dengan majoriti lebih 8000 undi menewaskan calon PAS ketika itu, Dr. Lo'Lo' Ghazali.

Malangnya Zambery kekal menikus menolak cabaran Nizar. Maka bungkuslah Barisan Nasional di Bukit Gantang. Jika Panglima Wahab masih ada pastinya beliau berasa bangga kerana tanah tumpah darahnya menjadi saksi sebuah kemenangan perjuangan rakyat.
Persis scene William Wallace menjerit 'Freedom!!!', Ir Nizar akhirnya melaungkan 'Hidup Hidup!!! Hidup Rakyat! Bubar DUN!' ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Parlimen Bukit Gantang.

Inilah sosok pejuang yang cocok untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia, karismanya, ucapannya, kepintarannya, keupayaannya setaraf sosok Anwar Ibrahim.

Pada saya, inilah latar belakang menjelangnya Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Nizar bersama-sama Anwar wajib ditolak ke depan untuk memimpin negara kita berubah dari zaman edan Barisan Nasional kepada era pencerahan Pakatan Rakyat.

Rakyat wajib diberi peringatan bahawa malapetaka ekonomi bakal menimpa negara jika Rosmah kekal sebagai First Lady of Malaysia. Fikrah kepimpinan Rosmah-Najib tidak mampu membawa Malaysia keluar dari selut becak lumpur krisis ekonomi global.

Maka sosok Nizar-Anwar adalah sebaik-baik pengganti Rosmah-Najib yang tahap kecerdikannya sangat menyedihkan. Kemampuan laki bini ini hanya setakat melahirkan bajet diskaun seluar dalam, cokelat dan alat makeup. Nyata ini kerja Rosmah kerana tiada siapa sanggup menjadi sebodoh beliau untuk membentangkan dasar sebangang ini di Dewan Rakyat kecuali suaminya.

Ir Nizar telah membuktikan gerak kerja yang terbukti berkesan mengembalikan keadilan kepada rakyat Perak. Dasar kebajikan yang diperkenalkannya membuktikan kepentingan rakyat didahulukan berbeza dengan Najib yang mengutamakan komplotan kroni subkon kontraktor Umno - cukong cina.

Berikut adalah petikan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar Jamaluddin, yang pasti ia jauh lebih baik dari bajet seluar dalam Najib.

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Akhirul kalam, saya menggunapakai strategi menang perbicaraan yang dipelopori Karpal Singh sebagai penutup bicara.

Mengapa BN perlu dihumban keluar dari Putrajaya?

Straight to the point... kerana mereka tidak layak memerintah negara ini. Dasar mereka hanya merugikan kita rakyat marhaen!

Humbankan BN. Kembalikan Ketuanan Rakyat! Negara Malaysia bukan Rosmah yang punya! Tanah tumpah darah ini adalah hak milik rakyat Malaysia!

Tumbangkan Rosmah! Tumbangkan Najib! REFORMASI!

::
ASAL BUKAN UMNO / ANYTHING BUT UMNO (ABU) ::Bekas pelajar SMDB

No comments: