Monday, December 27, 2010

Hari Umno lantik melantik

27 DISEMBER 2010 DIISYHTIHAR HARI PESTA LANTIK MELANTIK



Wahai sekalian rakyat Malaysia.Bergembiralah anda sekaliannya dan bersyukurlah bahawa anda pernah hidup pada tanggal 27 Disember 2010.Hari ini Tok Lipur Sang Penglipurlara ingin mengisyhtiharkan hari yang baik bulan yang baik ini sebagai "Hari Lantik Melantik" di seluruh Malaysia.Tok ingin ingatkan cucu-cucu semua bahawa tarikh ini tarikh keramat buat politik negara.Tidak percaya?Langganlah akhbar-akhbar harian esok dan anak-anak akan dapat tahu bahawa semalam yakni hari ini adalah Hari Lantik Melantik.


BERITA SATU - PEMECAH BERITA
Hari Lantik Melantik Pengerusi Umno Negeri-negeri


Adalah dimaklumkan bahawa pada tarikh ini,kepimpinan Parti Ketuanan telah melantik tuan-tuan yang baru bagi menerajui negeri masing-masing,di mana banyak muka baru naik,sebanyak yang terpaksa menggigit jari di seluruh negeri.Tok tak berhasrat untuk menulis nama tuan-tuan tersebut satu persatu kerana anak-anak boleh tekan di sini untuk ke Malaysiakini.Apapun,upacara lantik melantik ini sebenarnya memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno sudah tidak sayangkan negeri Terengganu dan Kedah kerana mereka lebih merindui negeri Selangor yang merupakan lubuk emas mereka sebelum ini.

Caranya cukup mudah untuk memahami seni berpolitik.Tidak perlu seperti Khairy untuk ke Oxford ataupun ke Al-Azhar,cukup sekadar pandai membaca dan berfikir,maka kita sudah memboleh membaca kedudukan Tuan Umno Selangor,Tuan Umno Kuala Lumpur,Tuan Umno Terengganu dan Tuan Umno di Kedah. Anak-anak masih belum ngerti?

Dengan kekalnya Najib sebagai Tuan Umno Selangor,jelaslah bahawa mereka akan berkubu dan menyerang kerajaan Selangor habis-habisan ataupun kalau hendak bercakap Inggeris sedikit bunyinya conquer Selangor at all cost. Mengapa Selangor perlu dipertahankan Najib?Mereka tidak kisah tidak dapat Kedah atau hilang Terengganu,tetapi jangan terlepas Selangor lagi selepas ini.Hal ini kerana Selangor adalah lubuk duit.PBT Selangor kaya raya dan para kontraktor dan kroni sudah lama sesak nafas dengan berkuasanya Pakatan Rakyat di Selangor.Hatta,si jutawan air Rozali Ismail sendiri sanggup melabur juta-juta asalkan Pakatan tumbang dan tidak lagi bising-bising terhadap jumlah wang gajinya.


Jika anak-anak rajin kembali melihat ke belakang,keadaan Selangor sekarang akan menjadi sama seperti di Terengganu dalam tahun-tahun 2000.Ketika itu,Terengganu telah dirampas dengan apa cara sekalipun.Semua berkubu di Terengganu hingga kerajaan Pas jatuh terduduk.Jangan anak-anak tidak tahu bahawa ramai pengundi hantu di Terengganu diimport dari luar seperti Selangor sehingga pengundi Selangor masih sempat mengundi selepas tempoh mengundi dilanjutkan hingga jam tujuh malam.Malah,Tok tidak hairan jika Khalid Ibrahim tersungkur di Ijok ataupun Hassan Ali tewas di Gombak Setia,tapi Tok akan hairan jika Pakatan kekal di Selangor malah Tok akan tabik spring pada mereka.

Perlu diingatkan bahawa Najib sudah tidak kisah dengan kawasannya sendiri di Pekan kerana backup plan di Parlimennya sudah dibuat selepas dia menang tipis di Pekan pada tahun 1999 tapi kini,sebuah grand-design sedang dirangka di Selangor.Tok pun tidak tahu apa strateginya,cuma kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja tindakan seterusnya selepas ini.

Di Terengganu pula,Hari Lantik Melantik menyaksikan Menteri Besar Gedebe Ahmad Said menjadi Tuan Umno Terengganu manakala Yahya Khatib Mohamad diangkat menjadi Timbalan.Persoalannya,Umno sudah tidak sayangkan Terengganu kah dalam PRU 13?Perlantikan Ahmad secara tidak langsung akan menutup periuk nasi sepuluh budak hitam dan Si Deris Natang di Besut.Deris mungkin boleh minta dibawa ke Parlimen,tapi bagaimana pula nasib pengikut-pengikut setia seperti Rosol Wahid dan Din Adam?Nampaknya kedua-duanya bolehlah fikir apa hendak dibuat selepas ini,mungkin mengusahakan ladang getah yang sedang naik harganya. Empat Adun di Setiu mungkin boleh buat projek ladang strawberi Hadhari selepas ini.

Persoalannya lagi,adakah Mad Said Gedebe Kijal "juwweh" (ngam) dengan Yahya Khatib?Bukankah dahulu Mat Said pernah murka dan memecat Yahya setelah melanggar fatwa Mat Said supaya jawatan Ketua Bahagian tidak dicabar?Malah,Mat Said sudah hampir memecat Yahya kerana bertanding dan menang jawatan Ketua Bahagian Marang.Dengan tertolaknya kepimpinan proksi GBH (Geng Budak Hitam), maka satu bencana cas keting yang menjadi penyakit Umno Terengganu selama ini akan berulang.Itulah jadinya jika berjuang tanpa kiblat dan iman.Mereka hanya mampu bersatu ketika tewas,tetapi ketika menang semua lupa diri dan berhasad dengki.Maka,Tok meramalkan undi-undi protes di Terengganu akan bersimpang-siur selepas ini.Namun persoalannya,adakah kita mengambil peluang atau membiarkan sahaja kelemahan lawan kita?

Bagaimana pula dengan Kedah?Dengan naiknya Mad Basah sebagai pengerusi Umno Kedah,maka peluang untuk Pas kekal di sana adalah cerah.Namun, janganlah cuma sekadar mengambil peluang tanpa berusaha untuk menang.Siapa yang sokong Mad Basah di Kedah?Bukankah dia tidak disukai oleh akar umbi dan sudah ada Gerakan Anti Mad Bashah di Kedah?Malah,kepimpinan Umno kawasan Bakar Bata sendiri telah menentang Mad Basah melalui Gerakan 4B - Buang Basah Bakar Bata.Malah,ada penyokong Umno pernah bersumpah tidak akan mengundi Umno jika Mad Basah jadi Tuan di Kedah.Mad Basah bukanlah seorang yang berkepimpinan.Dulu dalam PRU 12 Mad Basah hampir kalah bila menang cuma dengan majoriti 358 undi.Silap hari jika Mad Basah ditolak oleh ahli sendiri,Bakar Bata akan membakar Mad Basah hidup-hidup.

Oleh itu,perlantikan Mat Basah dalam Hari Lantik Melantik ini menunjukkan bahawa Umno seperti tidak bersungguh untuk menang di Kedah.Ini bukan Tok yang kata,dulu-dulu orang Umno sendiri kutuk Mad Basah dalam blog dan facebook.Kalau anak tak percaya,pergilah google-google.


KISAH LANTIK MELANTIK DUA
Si Khusrin Penangkap Syiah Dilantik SUK baru Selangor


Seperti yang diketahui,Umno akan cuba menduduki Selangor at all cost.Oleh itu,pesta lantik melantik Khusrin Munawi pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah strategi Umno Apco untuk menduduki Selangor. Secara tanpa berselindung, Adun Kampung Tunku Lau Weng San berharap perlantikan Khusrin ini bukan bersifat sabotaj.Kah kah kah...ini memang sabotaj anak.Adakah anak-anak lupa siapa Khusrin semenjak menjadi Pengarah Jais?Habis dikacau bilaunya jabatan tersebut bagi menunjukkan kerajaan Selangor bertindak zalim dalam soal keagamaan terutama dalam isu penahanan Dr.Asri dan isu Teo Nie Ching masuk ke dalam masjid.Kenyataannya selama ini memberi kelebihan pada Umno dan kita tahu ke mana beliau condong.

Maka,jika si anak Munawi ini dilantik ke jawatan SUK yang paling dekat dengan Menteri Besar jangan haraplah dia bersifat profesional.Kita sendiri boleh lihat sendiri perangai SUK Perak dalam kes rampasan kuasa di Perak dari tangan Pakatan Rakyat.Dan adakah kita fikir si Khusrin ini akan bertindak profesional? Berdoalah dia tidak dilantik oleh Sultan Selangor kerana sikap keUmnoannya itu.


KISAH LANTIK MELANTIK TIGA
Bekas Budak Sekolah Tok Lipur Jadi Pengerusi Felda


Alkisah Pesta Lantik Melantik hari ini juga dihangatkan dengan si pesalah politik wang,Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru bermula 1 Januari 2011.

Anak-anak,bagi Tok Lipur,isu perlantikan Isa ini perlu ditentang habis-habisan.Sudahlah Felda sudah hampir bangkrap.Dengan terlantiknya si anak Samad ini,silap-silap apa lagi yang tinggal dalam tabung Felda. Bapa atau Anak perlu memainkan isu ini menjelang PRK Tenang bagi menunjukkan siapa dia anak Samad ini. Sudahlah main rasuah,last-last hanya digantung tiga tahun.Adakah kuasa Lembaga Disiplin lebih tinggi daripada BPR dan SPRM?

Apapun,buat yang terlibat dalam pesta lantik melantik ini sama ada anak tolak ataupun terima, ingatlah rakyat dibawah dan selamat dilantik melantik.

Tok Lipur
Penglipurlara Tidak Dilantik.kamisokongpas

No comments: